Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Share

Ikan lengat atau ikan rebus asam jawa ini lauk ‘legend’ dari utara tanah air. Ikan ini bila digoreng memang sedap sama ada makan dengan nasi atau ratah saja. Rasa masam masin cukup untuk buat kita berselera makan.

Bagi yang rindu nak makan ikan lengat ini bolehlah buat sendiri. Ikut saja panduan yang dikongsi oleh AishahYap.

Cara buat ikan lengat

1. Siang ikan macam biasa dan kelar.

2. Ramas asam jawa bersama setengah cawan air. Masukkan garam dua sudu makan.

3. Masukkan ikan. Salut asam jawa dengan seluruh bahagian ikan. Biar kena semua. Perap 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).

4. Masukkan dalam periuk, masak atas api sederhana. Bila mendidih sikit terus tutup api, jangan rebus lama nanti ikan jadi lembik susah nak goreng. Kemudian biar ikan suam.

5. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.

Ini bukan hangit ya, memang ikan lengat macam ni rupanya. Ikan ini bila digoreng boleh makan sampai ke tulang kerana tulang ikan jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata.

INFO
Jangan bimbang garam tak menyebabkan rasa masin kerana penggunaan asam jawa. 2 sudu makan garam dan segenggam asam jawa itu untuk 12 ekor ikan. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan.

Selamat mencuba.

Sumber: AishahYap

 

IKLAN