Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Banyak Simpan Dalam Peti Sejuk, Lagi Lama Lagi Sedap!

Share

Jika anda peminat kopi, minuman kopi latte ala kampung ini kena cuba buat di rumah.
Bila dah minum katanya boleh bikin kita ketagih dan buat berkali-kali.

Menurut Madihah Hamid kopi ini lagi sedap jika disimpan lama dalam peti sejuk. Jadi boleh sediakan satu jag terus. Sekiranya nak minum panaskan saja. Tak perlulah dah beratur dan keluar duit banyak untuk secawan latte. Minum kopi latte kampung ni saja!

Cara buat kopi latte ala kampung yang enak, bikin ketagih

Kopi latte ala kampung… Air kopi ini jadi ketagihan seisi keluarga saya. Resipi kopi ketagih;

Bahan-bahan

Serbuk kopi 2 sudu (sebarang jenama kopi kampung)
Gula 3 sudu (gula melaka/gula kabung/gula apung/gula merah)
Air 400ml
Susu segar 600ml (paling sedap jenama Meadow, Farm fresh, Ducthlady)

Cara membuat:

1. Masak air bersama serbuk kopi sehingga berbuih (mendidih). Biarkan seminit (dalam keadaan menggelegak), tutup api.

2. Masukkan gula Melaka dalam jag dan tuang kopi tadi sambil tapis serbuk kopi.

3. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api.

4. Tuangkan susu panas dalam jag air kopi. Sedia untuk diminum, tuang dalam cawan selebihnya simpan dalam peti sejuk.

5. Lagi lama dalam peti lagi sedap, saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.

Selamat mencuba.

Sumber: Madihah Hamid

IKLAN