Makan

Cara Buat Kuih Bakar Yang Sedap Tanpa Guna Telur. Kerak Tebal Lagi Best

Share

Kuih bakar ramai yang suka makan tapi ada juga yang teringin nak makan cuba tak berapa suka jika ada telur ataupun ada masalah alah dengan telur.

Supaya tetap dapat merasa kuih ini, apa kata buat saja sendiri kuih bakar tanpa telur. Walaupun tanpa satu bahan ini rasa dan tekstur kuih bakar tetap enak. Terutama sekali bahagian keraknya. Lagi tebal kerak lagi sedap.

Bagi nak cuba membuat kuih bakar tanpa telur ini boleh gunakan resipi yang dikongsi oleh Nuraishah Binti Ibrahim. Kata sekian lama mencuba membuah kuih bakar tanpa telur, namun resipi ini paling sedap dan menjadi katanya.

Cara buat kuih bakar tanpa telur

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 suku cawan gula
2 cawan santan
3 1/2 cawan air daun pandan
Secubit garam

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan dalam penisah dan kisar.

2. Sapukan loyang dengan marjerin tebal-tebal kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.

3. Masukkan dalam oven yang dipanaskan dulu pada suhu 170 darjah selsius, kemudian bakar 40 minit atau sehingga berpuas hati dengan keraknya.

4. Tunggu kuih sejuk dulu kemudian baru keluarkan dari loyang.

Selamat mencuba.

Sumber: Nuraishah Binti Ibrahim

 

IKLAN