Cara Buat Kuih Kaswi Pandan Yang Sedap, Lembut Bergedik. Guna 2 Cawan Tepung Dapat 24 Biji

Share

Banyak pulak sekarang lalu lalang di timeline sosial media gambar kuih kaswi pandan ni. Rasa kuih ini memang sedap, tambah pula bila nampak cantik ramai yang teruja nak buat.

Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Nor Aini Abd Rahman

. Guna dua cawan tepung dapat 24 biji kuih ni. Berbaloi buat, tapi tapi pastikan ikut langkah ini baru dapat yang lembut dan bergedik.

Cara buat kuih kaswi pandan lembut bergedik dan kenyal

Bahan-bahan
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:

1. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapis.

2. Acuan sapu dengan sedikit minyak, isi adunan sehingga penuh acuan.

3. Kukus selama 15 minit.

4. Bila kuih kaswi dah masak tunggu hingga betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan (beli di Shopee saja, SINI

)

5. Kemudian barulah ditabur dengan kelapa parut yang dikukus seketika supaya tak cepat basi. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Aini Abd Rahman

IKLAN