Cara Buat Nasi Goreng Cina, Mudah Sangat Tapi Punyalah Anak-anak Kata Sedap!

Share

Antara nasi goreng kegemaran ramai terutamanya anak-anak adalah nasi goreng Cina. Tak pedas tapi rasanya sedap. Cuma tak semua tahu cara membuatnya.

Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah nasi goreng Cina ini boleh ikut perkongsian Har Ryea. Menu ini katanya jadi kegemaran anak-anak kerana tak pedas. Cara membuatnya juga sangat ringkas.

Buat sendiri nasi goreng Cina

Menu simple, tak pedas dan anak-anak suka.

Bahan-bahan

Nasi
Bawang putih – 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus)
Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 atau 3 sdb
Minyak Bijan – 1 atau 2 sdb
Udang Segar
Telur – 4 atau 5 biji
Sayur campur – 1 mangkuk


INFO : Kuantiti bahan bergantung pada kuantiti nasi yang digunakan. Jika banyak lebihkan bahan-bahan.

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.

2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.

3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit supaya telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi.

4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.

5. Taburkan Maggi Cukup Rasa, kacau sekejap.

6. Masukkan minyak bijan & kacau lagi.

7. Sesuaikan rasa, boleh tambah serbuk Maggi Cukup Rasa atau minyak bijan ikut cita rasa. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Har Ryea

 

IKLAN