Makan

Cara Buat Pencuci Mulut Comel Guna 2 Bahan Untuk Jamuan Raya

Share

Dalam bulan Syawal ini banyak jamuan raya diadakan, baik di sekolah anak atau atau pun di tempat kerja. Kalau berkonsep pot luck idea pencuci mulut comel dua bahan ini boleh dibuat untuk dihidangkan.

Sangat mudah disediakan, dihidang dan juga mudah untuk dimakan kerana diletakkan terus dalam bekas plastik kecil. Idea ini dikongsi oleh Aliah Yahaya Alia.

Cara buat pencuci mulut dua bahan

Bahan-bahan

Serbuk jeli -boleh pilih perisa dan jenama yang disukai
Nata de coco
Acuan/bekas 1 0z

Cara membuat

  1. Tuang serbuk jeli dalam air yang sedang dimasak. Ikut saja sukatan yang ada pada pek.

2. Kacau sambil masak, padamkan api bila mendidih. Teruskan mengacau sehingga tidak berbuih.

Antara serbuk jeli yang boleh digunakan.

3. Tuang ke dalam acuan kecil yang terlebih dahulu diisi dengan nata de coco.

4. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit atau sehingga pejal.

INFO:

  • Boleh juga gunakan serbuk agar-agar tapi lebih sedap menggunakan jeli kerana rasanya kenyal.
  • Pencuci mulut ini menggunakan sekotak jelly dalam 500ml yang menghasilkan 40 bekas.
  • Untuk lebih menarik boleh tulis apa-apa ucapan yang bersesuaian menggunakan pen marker saja.

Sumber: Aliah Yahaya Alia.

IKLAN