Peminat tomyam memang ramai sebab tu banyak saja restoran Thai di sini. Masakan ini dah sinonim dengan lidah kita.
Memang boleh dibeli tapi kalau asyik makan tomyam dari restoran bosan juga. Lagipun selalu saja hidangan ini kalau dibeli tak kena dengan selera kita yang mahukan tomyam kaw.
Ha… kalau nak tomyam yang kaw dan meletop rasanya kenalah buat sendiri. Melalui carian resepi di Facebook, pes tom yam dari Puan Norashikin Bt Hasan inilah paling popular. Ia dikongsi hampir 15k pengguna di laman sosial ini. Sah sedap kalau macam ni kan!
Buat pes lagi jimat, sekali buat boleh disediakan banyak kali dan mudah pula. Sesuai sangat untuk ibu bekerja yang tak punya banyak masa untuk memasak. Selamat mencuba!
Bahan-bahannya ialah:
2 biji bawang besar
4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
Ads
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis ( jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan
Ads
3 sudu cili kering siap kisar
Air asam jawa, gula perang, garam asli
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
Ads
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik.
3. Bila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
4. Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan)
5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
INFO
Jika suka tom yam yang pedas, sewaktu memasak masukkan cili padi mengikut kepedasan yang diingini.
Tengok saja posting Puan Mazliza Ahmad ini terus kecur air liur. Rasanya yang lain pun macam tu jugak kan. Bagi peminat tegar sambal atau kaki pedas, apatah lagi.
Sebab itulah resipi sambal perkongsian Mazliza ini dapat lebih 20 ribu share di Facebook. Paling best, dia bukan berkongsi satu resepi sambal tapi tujuh jenis.
Ada sambal gesek, sambal goreng garing, sambal limau nipis, sambal totok, sambal petai tumbuk dan ikan, sambal ikan mempelam muda, sambal terung goreng dan ikan tumbuk.
Yang tak pernah kita rasa pun ada… terbaik lah akak nih. Moga murah rezeki dia. Untuk yang suka makan pedas, atau korang yang buat sambal asyik tak menjadi, sila cuba resipi nih ya!
Bahan-bahan:
1 genggam cili api Sedikit belacan 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 sudu ikan bilis – goreng garing dan tumbuk pecah-pecah 1 biji asam limau
Cara membuat:
1. Tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan belacan hingga pecah-pecah. Jangan lumat 2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan sedikit perasa. Tak perlu tambah garam kalau tak suka masin. 3. Setelah bahan garing, masukkan ikan bilis yg ditumbuk tadi dan kacau rata. 4. Hidangkn dengan limau nipis, kalau suka masam lebihkan. Makan dengan nasi panas confirm merah telinga. * Untuk yg tak suka suka pedas sangat, boleh campur cili api dan cili masak. Rasa tetap sedap cuma kurang pedas.
Bahan- bahan:
* 3 biji cili masak * 25 tangkai cili padi (akak guna cili padi merah) * 1 biji bwng besar * 3 ulas bwng putih * Sedikit belacan 1 keping asam keping Garam n perasa
Cara membuat:
1. Kisar kasar bahan yang bertanda * 2. Tumis bahan dikisar hingga garing. Masukkan asam keping, garam dan perasa. Siap!! (Kalau utk makan kat rumah je, biasa akak bubuh tomato utk ganti asam keping lagi sedap. Tapi sebab nak simpan lama jadi akak bubuh asam keping).
Bahan-bahan;
Cili besar/ cili masak-2 biji Cili padi -7/8 biji Sedikit garam Sedikit belacan
Cara membuat:
1. Tumbuk lumat semua bahan. Bila dah lumat masukkan 1 sudu makan gula, lenyekkan dgn lesung.. 2. 1 biji limau nipis (hiris dan perahkan airnya dlm sambal tadi. Kalau suka boleh hiriskan kulitnya nipis-nipis dan gaulkan dlm sambal. Siap!!!
Bahan-bahan:
1/2 gengam ikan bilis kopek (basuh dan rendam) *30 tangkai cili padi merah+hijau *1 biji bawang besar *3 ulas bawang putih * Sedikit belacan Sedikit garam 1 biji limau nipis
Cara membuat:
1. Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit. 2. Kemudian tumbuk semua bahan yg digoreng tadi dengan sedikit garam. Tumbuk pecah-pecah manja je… 3. Masukkan ikan bilis yg sedah ditoskan dan tumbuk sebati. 4. Perahkan limau dan gaul sebati. Siap! Makan dgn nasi panas…terangkat!
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selayang/kembung (goreng) *1 biji bawang besar *15 tangkai cili padi *2 ulas bawang putih Sedikit garam Petai-2 papan
Cara membuat:
1. Goreng sekejap bahan bertanda * hingga agak layu 2. Asingkan ikan dari tulang 3. Tumbuk semua bahan yg dah digoreng tadi bersama sedikit garam (jangan hancur sangat) 4. Masukkan isi ikan goreng 5. Akhir sekali masukkan petai yang dikopek dan tumbuk petai agar pecah.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung- bakar atau rebus 15 tangkai cili api 3 biji mempelam telur (muda) – dicencang (jika besar sebiji mencukupi) Sedikit garam
Cara membuat:
1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat 2. Masukkan pula ikan rebus / bakar tadi lalu ditumbuk lagi. 3. Akhir sekali masukkan mempelam yg dicincang dan tumbuk manja gitu… Siap !!!
Bahan-bahan:
1/2 biji terung panjang (potong dan goreng) 2 ekor ikan selayang (goreng dan ambik isi sahaaj) *15 tangkai cili padi *3 ulas bawang putih *1 biji bawang besar Sedikit garam
Cara membuat:
1. Goreng bahan bertanda * hingga layu 2. Tumbuk bahan yg dah digoreng layu tadi dgn garam. 3. Masukkan isi ikan dan tumbuk . Akhir sekali masukkan terung, tumbuk sekadar pecah saja.
Jom buat resepi nih, senang saja kan. Selamat mencuba!
Sumber: Mazliza Ahmad melalui Facebook Masak Apa Hari Ni…
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Info ini cukup berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dalam peringkat makan bubur nasi. Perkongsian ini menunjukkan cara paling cepat untuk menyiapkan hidangan mudah namun dianggap leceh oleh para ibu kerana mengambil masa yang lama.
Percaya tak dengan kaedah yang dikongsi ini masa yang diperlukan untuk memasak bubur nasi hanya 7 minit. Langkahnya pula mudah sangat. Bagi ibu bekerja, sambil bersiap pun boleh menyediakannya. Terima kasih kepada yang berkongsi ilmu ini.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan bubur nasi 7 minit.
Basuh beras hingga bersih tak perlu tos.
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Jika mahu masukkan ayam dan sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk melakukan kerja lain jika tak mahu bubur hangit.
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tidak banyak penyediaan bubur ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...