Cara Buat Popia Pisang, Topping Boleh Letak Macam-Macam. Makan Waktu Petang Memang Layan

Share

Selain popia goreng letak sayur atau carbonara, popis atau popia pisang juga antara kudapan yang sedap untuk hidangan famili.

Walaupun intinya pisang tapi toppingnya boleh dipelbagaikan. Boleh letak coklat, susu pekat dan cheese, serbuk Oreo, Nestum dan sebagainya. Kalau nak cuba buat, boleh ikut saja perkongsian Munierah Eyra

. Boleh jadi hidangan petang ini.

Cara buat popia pisang atau popis, letak topping ikut suka

Korang menu apa petang ni? Che’ buat POPIS (popia+pisang),caranya pun takla susah mana. Boleh cuba.

Bahan-bahannya;

Kulit popia
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)

Bahan topping (pilih ikut cita rasa)

Susu pekat (guna utk topping cheese)
Jem coklat pilihan (boleh guna coklat spread hazelnut)
Serbuk Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum

1. Leraikan kulit popia satu persatu. Belah pisang (boleh gunakan pisang montel untuk lebih sedap).

2. Ambil satu belahan pisang dan letak di penjuru kulit popia dan lipat kemas.

3. Letak bancuhan tepung di hujung lipatan supaya tak terburai dan tutup kemas. Ulang sehingga pisang habis.

4. Panaskan minyak dan boleh goreng hingga keemasan. Angkat dan tos.

5. Boleh letak topping ikut pilihan cita rasa. Jika mahu gunakan keju, oleskan dulu dengan susu pekat di atasnya. Kemudian tabur serbuk cheese.

Info: Boleh juga masukkan coklat rice bersama dengan pisang sebelum dilipat.

Sumber: Munierah Eyra

IKLAN