Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Raya Nanti. Mudah Saja!

Share

Sekarang mana-mana pergi pun kena scan QR Code sebagai sebahagian daripada pematuhan SOP.

Tapi macam macam mana nak buat QR Code MySejahtera ni ya. Mudah saja kalau ikut perkongsian Normazila Miela.

Tuan rumah, jomlah buat untuk raya nanti.

Kepada rakan-rakan yang nak buat QRCode untuk raya/majlis kahwin/apa2 majlis/kedai makan/apa2 jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.

Disini, saya share cara nak sign up. Senang sangat tau.

Dengan QR Code ni juga, kita dpt memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan dengan menggunakan sistem My sejahtera !

Ada 6 step tapi semuanya mudah.

1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin

2. Isi no telefon untuk pendaftaran dan no OTP akan dihantar melalui SMS.

3. Ini no OTP yang diterima.

4. Isi no OTP yang dapat melalui SMS. Jangan lebih 5 minit.

 

 

4. Seterusnya isi borang ini, untuk business name boleh isi contoh ‘Teratak Ayah Bonda’

5. Nanti akan terpapar QR Code kita sendiri. Boleh download dan print. Nak emel pun boleh.

Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yg kita nak update.

Selamat mencuba

Sumber: Normazila Miela

 

 

IKLAN