Cara Buat Racun Organik Homemade, Guna Nasi Saja. Cili Lebat, Sayur Pun Lebih Selamat Dimakan

Share

Ketika ini ramai yang tanam sayur secara organik untuk dimakan sendiri. Ia bagi memastikan apa yang dihidangkan untuk keluarga selamat, bebas dari bahan kimia.

Sememang ada banyak cara menjadikan pokok sayur yang kita tanam ini hidup subur tanpa penggunaan baja atau racun berasas bahan kimia. Salah satu yang boleh kita gunakan adalah membuat sendiri racun homemade dari nasi.

Cara ini dipraktikkan oleh Tieok Eng yang banyak bercucuk tanam di kediamannya. Ia digunakan untuk membuat semburan bagi menghapuskan ulat atau bena putih yang menyerang pokok sayurannya.

Selain itu katanya ia boleh juga digunakan untuk pokok bunga. Di samping menghapus serangga perosak, nasi ini juga sebenarnya menjadi baja untuk pokok.

Racun homemade dari nasi

Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk hapuskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia.

Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racun homemade ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga

1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.

2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meletup.

3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.

4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.

Cara ini pokok sayur yang nak dimakan lebih selamat, tiada bahan kimia.

Selamat mencuba.

Sumber: Tieok Eng

IKLAN