Ada yang cakap rendang ayam hancur itu sebenarnya rendam tak menjadi. Tapi tak juga ada ramai yang suka rendang sebegini.
Sebenarnya ia sangat sedap dimakan dengan ketupat dan lemang. Senang saja isi ayam dicarik.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi rendang ayam hancur yang dikongsi oleh Fateema Azzahra. Resipi ini untuk satu ekor ayam.
Resipi rendang ayam hancur
Bahan kisar :
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5 ulas
Cili hidup merah & hijau 5 tangkai (ni rahsia saya)
Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
Serai 2 batang diracik
Buah keras 2 biji
Bahan lain :
Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
Cili kisar 2 senduk
Serbuk kari ayam
Kerisik segar 3 packet kecil atau 300gram
Santan segar 1 cawan
Gula kabong /nisan
Garam, serbuk hilal (perasa)
Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
Daun pandan
Ads
Cara membuat:
1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.
Ads
2. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul. Perlahankan api.
3. Selepas itu masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai pekat. Pastikan api perlahan.
4. Masak rendang kena sabar. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam bahagian isi akan auto hancur. Bahagian bertulang akan kekal cantik.
Ads
5. Bila dah dapat tekstur pekat boleh off api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.
6. Serius sedap di tekak bagi yang suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabong. Hancur di sini bukan hancur lebur ya, hancur-hancur manja gitu.
Buat sendiri mushroom seasoning, pengganti serbuk perasa. Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.
Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.
Paling menarik serbuk ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.
Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.
Ikan bakar ada macam-macam versi, ada yang cuma kosong hanya garam dan kunyit dan ada juga menggunakan bahan perapan. Tapi apapun caranya ia tetap sedap.
Satu lagi cara olahan ikan bakar yang enak adalah ikan bakar sumbat rempah ratus. Tak ada air asam untuk cicah pun sedap dah, aromanya pun harum sebab dibakar dengan daun kunyit.
Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Fannil Nadzirah ini. Menurut beliau, ikan bakar ini adalah resepi dari keluarganya.
Ikan bakar sumbat rempah ratus
Menu rare kluarga kita, ikan bakar sumbat rempah ratus resepi Madura. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibelah belakang.
Daun kunyit – untuk balut ikan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
5 biji buah keras
9 biji lada putih (tak nak pedas kurangkan)
Asam jawa – ikut cita rasa
3 biji cili hidup/besar merah
2-3 helai daun limau purut
Cara membuat:
1. Tumbuk lumat atau kisar bawang, buah keras, cili dan lada putih.
2. Kemudian tumis hingga masak, perasakan dengan asam jawa, garam dan gula.
3. Carikkan daun limau dan masukkan dalam tumisan. Dah masak elok tutup api dan biarkan sejuk.
4. Tumisan yang dah sejuk boleh disumbat dalam perut ikan.
5. Balut dengan daun kunyit dan bakar hingga masak sama ada atas dapur atau dalam oven.
Nampak dari luar jambu elok merah, dan masak ranum. Memang sedap kalau makan. Tapi bila dibelah, buruk dan berulat. Memang frust.Keadaan yang sama juga boleh juga berlaku pada buah mangga.
Ada yang kata jambu dan mangga yang buruk begini disebabkan oleh kita menyicah. Tak tahu pula bagaimana kaitannya.
Namun apa yang boleh dijelaskan kaitannya adalah, hasil buah yang buruk ini adalah disebabkan serangan lalat buah.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan terutamanya pada pokok jambu yang mengalami masalah ini. Paling penting menghalau lalat buah ini daripada mendekati putik atau buah yang sedang membesar.
1. Waktu buah masih putik, sembur dengan racun serangga kemudian balut dengan kertas atau plastik.
2. Bersihkan dan bakar daun-daun kering di bawah pokok, asap juga membantu menghalau lalat buah.
3. Beli hormon lalat di kedai racun/baja,celup kain/riben dalam hormon kemudian ikat ada pangkal pokok. Lalat buah akan tertumpu di situ dan tidak menyerang buah jambu.
4. Bersihkan buah-buah yang gugur supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
5. Cara paling mudah, tabur 2-3 pek garam sekitar 1 kaki dari pangkal.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...