Cara buat rendang daging biasanya berbeza dari satu keluarga ke satu keluarga. Lain keluarga boleh jadi lain pula resipinya.
Begitu juga Syalfarina Razali, dia juga turut punya resipi rendang daging tersendiri yang diwarisi dari arwah neneknya iaitu rendang daging cili api berempah. Malah beliau turut berkongsi resipinya.
Kalau nak rasa rendang daging yang berbeza boleh cuba resipi dari beliau.
Cara buat rendang daging cili api berempah
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong
1 kotak kecil santan
1-2 asam keeping
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula melaka -dihancurkan
Hirisan daun kunyit
Daun limau purut
Garam
Bahan kisar
20 tangkai cili api
8 ulas bawang merah sederhana
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
Bahan rempah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Ads
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kering airnya.
2. Masukkan daging yang sudah dibersihkan, biarkan sampai keluar air daging.
Ads
3. Sementara itu masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih.
4. Selepas air daging keluar, masukkan santan 1 kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi.
5. Perlahankan api, tutup kuali. Biarkan daging lembut dan rendang pekat. Reneh lebih kurang 1 jam 30 minit sampai dikacau.
Ads
6. Setelah daging lembut, rendang sudah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping bersama hirisan daun kunyit dan daun limau purut, kerisik dan gula melaka asli (inilah ramuan penyedap rendang).
7. Bubuh garam macam biasa dan tutup api. Rendang ini akan ada sedikit kuah, cicah dengan ketupat, nasi impit atau pulut memang sedap.
Tidak dinafikan, kaum wanita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit wajah yang halus, mulus dan bebas cela.
Namun sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal, sebaliknya hanya gunakan bahan dapur seperti cuka epal yang mana hasilnya sangat berkesan.
Seperti perkongsian Zilla Janis di laman sosial Facebook memberitahu penggunaan cuka epal boleh menghilangkan tompok hitam di wajah hanya dalam tempoh seminggu.
Menurutnya cuka epal ini juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah jeragat. Ini kerana ia bersifat antiseptik yang berfungsi untuk menyingkirkan bakteria dan menyucikan kulit.
Digalakkan untuk amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan lebih cepat dan masalah jeragat akan menjadi pudar.
Pudarkan Jeragat Dengan Cuka Epal
Bahan-bahan:
1sudu cuka epal
1sudu air suam
Kapas
Cara membuat:
1. Campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati.
Sedikit cuka epal.
2. Ambik kapas. Rendam sikit sedikit dalam cuka epal tadi.
Gunakan kapas muka.
3. Kemudian sapu perlahan pada seluruh muka. Selepas beberapa minit, cuci bersih wajah.
Waktu sambutan Aidiladha ini ramai yang akan menerima daging korban. Kadang kala sampai beberapa kilo. Separuh akan dimasak dan selebih daging korban akan disimpan dalam peti dahulu.
Tapi untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja. Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.
Beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam.
Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.
Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Tip ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.
Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!
Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.
Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!
Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.
Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).
Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk kekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.
Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.
Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...