Cara Buat Roti Gula Rangup. Kudapan Mudah, Cicah Air Kopi O Memang Sedap

Share

Ramai yang beli biskut roti gula ni walhal nak buat punyalah senang. Kalau ada roti putih yang tak habis nak makan tu boleh buat terus.

Caranya cuma 4 langkah saja. Boleh ikut perkongsian Jauharatuddini Taib

ini.

Cara buat roti gula rangup, sedap cicah dengan air kopi o

1. Potong roti keping putih (boleh guna apa-apa jenama) kepada empat bahagian.

2. Sapu mentega, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.

3. Tabur sedikit gula pasir atas roti yang disapu mentega tadi.

4. Kemudian boleh bakar. Yang ini bakar guna air fryer, set time 5 minit dulu, suhu 180 darjah. Kalau belum garing tambah lagi masa. Kena agak-agak, tengok pada warna roti ini nanti. Nak bakar guna oven pun boleh.

Siap! Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Roti gula ni dah sejuk pun tetap rangup.

Selamat mencuba

Sumber: Jauharatuddini Taib

IKLAN