Cara Buat Sambal Belacan ‘Power’. Ceduk Sekali Memang Tak Cukup, Perkongsian Peniaga Nasi Berlauk

Share

Sambal belacan nampak senang nak buat tapi ramai juga yang gagal dapat hasil yang sedap. Tak power dan tak sama rasanya macam yang kita selalu makan di gerai atau restoren jual nasi berlauk.

Bagi yang dah cuba tak tak menjadi, boleh gunakan peniaga nasi berlauk Yayar B. Awang Noh untuk membuat sambal belacan yang sedap.

Katanya resipi dan sukatan ini digunakan sejak bertahun-tahun dan menjadi kegemaran pelanggannya dan kebiasaannya akan habis malah tak cukup.

Cara Buat Sambal Belacan ‘Power’ Pedas Tapi Sedap

Bahan-bahan

1 mangkuk cili api
1 mangkuk cili besar hijau & merah
Belacan sebesar ibu jari
2 ulas bawang putih
1labu bawang merah
Cuka makan secukupnya cuka
Garam, gula, serbuk perasa

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar termasuk cuka dan kisar tapi jangan terlalu hancur sangat.

Fungsi cuka ini adalah untuk memastikan sambal tahan lama. Boleh juga diganti dengan limau kasturi lagi sedap.

2. Kemudian simpan sambal ini dalam botol atau bekas kaca. Simpan dalam peti ais.

3. Sedia dimakan dengan nasi dan lauk pauk.

Tip

  • Untuk hidang, ambil sambal letak dalam bekas atau mangkuk kecil.
  • Jangan gunakan sudu yang bercampur dengan lauk untuk ceduk sambal dalam botol, barulah tahan lama.

Sumber: Yayar B. Awang Noh

BACA: Cara Buat Sambal Belacan Sedap Macam Di Kedai Siam. Pedas, Manis, Masam, Cukup Rasa

Published by
VK