Cara Buat Sup Ayam Lada Hitam Untuk Segarkan Badan. Tanpa Minyak, Lebih Sihat

Share

Kalau badan rasa lemau, lemah atau macam nak demam boleh cepat sediakan sup lada hitam ini.

Lepas makan confirm segar badan. Sup ini bukan saja untuk orang yang tak sihat, untuk sihat walafiat pun boleh makan untuk kesegaran tubuh. Cara membuatnya dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan

.

Sup lada hitam untuk segarkan badan

Hari ni rasa nak buat sup lada hitam! Sup ni bukan utk org tak sihat saja,
yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan.

Kalau rasa nak demam, batuk selesema boleh hidangkan sup ini, sesuai juga untuk ibu dalam pantang. Paling best sup ini tanpa minyak. Boleh jimat!

Bahan-bahan

Ayam – dipotong
Halia
Serai
Bawang putih
Bawang merah -dihiris
Lada hitam -ditumbuk kasar
Garam & gula

  1. Tumbuk atau ketuk serai, halia dan bawang putih.

2. Masukkan bahan ditumbuk bersama semua bahan lain dalam periuk.

3. Didihkan dengan api perlahan hingga ayam masak.

4. Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil, jangan letak asam jawa pula, nanti gelap tak cantik. Nak tambah lada putih pun boleh.

Nota: Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangn guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan

IKLAN