Cara Buat Sup Mamak Yang Sedap, Pekat Guna Ayam Kampung. Lepas Makan Confirm Tersandar

Share

Ada ramai peminat sup mamak yang pekat ni. Cicah dengan roti benggali memang sedap, nak makan dengan nasi pun boleh.

Yang pasti kalau pekena sup ini memang akan hirup sampai licin. Lepas makan tersandar kepuasan dibuatnya. Nak cuba buat sendiri tiada masalah, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham.

Cara buat sup mamak ayam kampung yang sedap, pekat

Ada yang minta resipi sup mamak saya hari tu, jadi saya kongsikan resepinya

Bahan-bahan
Ayam kampung – potong 4 bahagian
Rempah 4 sekawan
4 paket kecil rempah sup (serbuk)
1/2 paket rempah kurma (serbuk)
1 biji tomato
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang, bawang goreng untuk hiasan

Bahan kisar
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Cili api merah
Halia

Cara membuat:

  1. Rebus ayam kampung bersama rempah 4 sekawan. Nak guna daging lembu atau kambing pun boleh ya.

2. Bila dah mendidih masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan mereneh.

3. Seterusnya masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau rata gunakan api sederhana.

4. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan biarkan mereneh lagi. Perasakan dengan garam dan boleh terus masukkan bawang goreng, hirisan daun sup. Kacau.

5. Keluarkan ayam yang dah masak empuk tadi dan tos. Tinggalkan sup saja dalam periuk, lalu perah limau nipis.

6. Bila kepekatan sup dah cantik, rasa dah ok boleh tutup api.

7. Untuk hidang, potong kecil ayam tadi, masukkan dalam mangkuk dan tuang sup. Boleh tabur dengan bahan hiasan.

TIP: Boleh juga masukkan lobak merah ketika merebus sup, biar lobak hancur untuk memekatkan kuah sup. Selain itu sup yang pekat adalah hasil dari bawang besar yang dikisar dan rempah yang digunakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Emee Sham

IKLAN