Ramai yang suka makan sup tauhu telur macam ni tapi tak berapa mahir nak masak. Ada yang jadi terlalu pekat. tauhu hancur, sup telur berketul dan tak cantik.
Supaya hasil kejadian sup tauhu telur yang kita buat sedap dan elok, boleh ikut cara dan tip yang dikongsi oleh Siti Zanariah Khalit.
Buat sendiri sup tauhu telur yang sedap, ikut cara dan tip ini
Lauk kegemaran anak-anak saya, sup tauhu telur. Cepat, ringkas dan insya-Allah sedap.
Bahan-bahan:
Ads
Tauhu telur- potong tauhu telur 4-6 potongan untuk satu tiub
Bawang putih – dicincang
Serbuk lada hitam
Udang / isi ayam
Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
Cendawan shimeji / fresh shitake
Lobak merah – hiris halus memanjang
Daun sup – dihiris
Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (boleh juga guna tepung jagung)
2 biji telur – pukul dengan garfu
Garam
Serbuk perasa (kalau suka)
Foto: Facebook Zarina Zubir
Cara membuat
1. Goreng tauhu telur menggunakan minyak yang betul-betul panas supaya tak meletup-letup. Angkat dan ketepikan bila nampak keperangan.
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam.
3. Kemudian masukkan sos tiram, air dan cendawan. Biar mendidih.
Ads
4. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Tapi pastikan jangan sampai bergentel. Tip; kuantiti tepung ubi jangan banyak sangat supaya bila masak tak rasa macam ada gam. Jika tak biasa guna seeloknya pakai tepung jagung.
6. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi.
7. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat.
Ads
8. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.
9. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.
Tip elak tauhu hancur, cara potong kena betul
Potong tauhu di bahagian tengah tiub dulu, ikut garisan yang ada pada pembungkus (bukan potong dari muncung tiub ya). Selepas potong dua kemudian baru potong ikut saiz yang kita nak.
Waktu menggoreng minyak kena betul-betul panas dan guna api besar. Bila dah keperangan baru terbalikkan. Insya-Allah tak hancur dan tak meletup.
Pokok bendi ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya. Lagi satu cara tanam dan penjagaannya juga cukup mudah.
Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip dikongsi oleh Theamrie Arm
Tanam di tanah sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti
Tanam bendi di tanam sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti. Memandangkan ramai tanya macam mana nak tanam bendi, saya beri sedikit tip yang sangat senang.
Tip tanam bendi
Ambil 2 biji benih bendi yg dibeli di kedai. Boleh juga keringkan bendi tua dan ambil benihnya.
2. Masukkan dalam tanah, kedalaman 1 inci saja. Jarakkan 1 kaki kalau nak tanam lebih sepokok (jangan lupa sambil itu selawat)
3. Siram setiap hari benih yang ditanam.
4. Dalam beberapa hari, akan keluar tunas, teruskan rutin siraman setiap hari sampailah pokok bendi besar sedikit.
4. Kemudian barulah bubuh baja sekeliling pokok.
Boleh guna baja ini.
5. Dalam beberapa minggu akan keluar bunga bendi dan boleh lihat hasilnya.
6. Tempoh semai sampai berbuah lebih kurang 7 minggu.
Kebanyakan belakang kuali di dapur kita memang tahap ‘legend’. Biasanya hitam dan ada kerak sebab selalu digunakan untuk memasak.
Nak hilangkan kerak hitam ini pula memang susah sebab sudah mengeras. Tapi cara yang dikongsi oleh Amy Rosina ini memang menarik. Kerak hitam belakang kuali yang bertahun-tahun boleh hilang dalam 30 minit saja. Terus licin dan berkilat.
Caranya pun mudah sangat, tak perlu beli berus atau pencuci khas. Cuma guna kapur saja. Ya kapur yang makan dengan sirih ni!
Langkahnya boleh ikut tip yang beliau kongsi.
Sapu kapur kemudian didihkan
Tak perlu susah payah sental sampai lenguh lengan atau luka jari. Guna cara ini tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Saya share untuk semua suri. Bahan yang diperlukan cuma kapur makan, berus dawai dan pisau.
Ini dia kuali legend, dah sental pun ada jugak lagi hitam.
2. Sapu belakang kuali yang berkerak hitam dengan kapur.
3. Kemudian cari kuali besar dan letak air, masukkan kuali yang dah disapu kapur tadi dalam kuali besar.
4. Didihkan.
5. Nanti akan nampak kerak hitam lekang dan tanggal. Didihkan lagi lama lagi bagus, tapi yang ini lepas mendidih saya tutup api.
6. Keluarkan kuali tadi waktu masih panas dan boleh terus kikis kerak yang masih ada. Keras ini dah jadi lembut dan senang untuk dikikis guna pisau.
7. Kerak yang tertinggal bolehlah dibersihkan guna berus dawai.
Nah dah berkilat, dari sapu, rebus dan kikis tak sampai 30 minit!
Dah tahu cara mudah ni boleh buat untuk kuali kita kat rumah ya. Selamat mencuba!
Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?
Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.
Lepas install, ikut arahan yang diberikan.
Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.
Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.
Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.
Bangle emas memang cantik dan nampak eksklusif. Sekali sarung di pergelangan tangan, penampilan pun terus naik seri. Tapi sebaiknya jangan terus beli tanpa fikir...