Kalau tanam bunga atau sayur di rumah memang mudah sangat layu kalau terlupa siram. Apa lagi jika kena tinggal lama bila balik kampung atau kena pergi outstation.
Supaya pokok kekal disiram sepanjang ketiadaan di rumah kita boleh DIY penyiram auto dari botol mineral seperti dikongsi oleh Jason Jezi. Balik kampung untuk cuti raya nanti boleh buat.
Cara buat penyiram auto mudah
1. Sediakan botol mineral kecil, jika nak tinggal lama boleh gunakan botol yang besar.
2. Buat lubang pada bawah botol dan juga penutup botol.
3. Cucuk skru kecil pada lubang di penutup botol. Buka sikit skru ini supa dapat mengalirkan air.
4. Ambil 2 batang kayu chop stik atau lidi sate dan lilitkan dengan selotep.
5. Isi air dalam botol, terbalikkan. Cucuk kayu ke dalam pasu tanaman. Anda akan dapati air akan menitis melalui skru pada penutup botol.
6. Air siraman ini akan bertahan selama lebih kurang 3 hari. Jika nak lebih lama, boleh guna botol besar lagi.
Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.
Jika selalu rasa was-was sebegini ada baiknya kita belajar hasilkan sendiri. Dikongsi oleh Tahrunnisah Jali, homemade fishball ini sudah terjamin bersih, rasa ikan lebih banyak dan juga sama kenyal seperti fishball dijual di pasaran. Jom buat!
Buat sendiri fishball, tak ragu-ragu nak makan
Bahan-bahan
-300gm – ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
-2 sudu kecil tepung jagung
-Garam dan serbuk perasa ikut cita rasa
-1/2 sudu kecil lada sulah
-1/2 cawan hingga 3/4 cawan – air sejuk dalam peti ais
Cara membuat
Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik, ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan hingga hancur.
3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah. Kisar sekali.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tak likat dan tak lembik sangat.
5. Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil adunan sikit-sikit dan letak (lempar lembut) ke dalam bekas tu. Buat banyak kali sehingga rasa adunan kenyal dan berkilat serta licin.
6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambar). Keluarkan
bebola fishball antara dua jari.
7. Ambil fishball guna sudu dan masuk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam dalam 15 minit).
8. Kemudian barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung).
Ikan pari antara lauk yang sedap dibuat asam pedas dan juga bakar, tapi bila nak masak sendiri ramai yang ragu-ragu waktu nak beli ikan ini. Takut salah pilih dapat yang bau busuk hancing, memang spoil. Rugi lagi satu.
Dikongsi oleh peniaga makanan laut, Asmah Chem berikut adalah cara untuk memilih ikan pari yang segar dan tak berbau hancing. Tapi sebelum itu baca penjelasan beliau kenapa ikan pari ini berbau hancing.
Kenapa ada ikan pari bau hancing?
Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.
Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar. Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.
Punca hancing sebab tak segar
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tip pilih pari segar
1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.
2. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
3. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...