Cara buat tiramisu sebenarnya mudah saja rupanya… Ramai sangka ia renyah tapi langkah membuat pencuci mulut yang sedang viral dan dicari-cari ketika ini cukup ringkas.
Memandangkan ramai mencari cari resipi tiramisu apa kata gunakan perkongsian Ina Azlina sebagai panduan. Resipi tiramisu ini menggunakan keju mascarpone yang dikatakan lebih enak.
1. Bancuh kopi dengan air panas hingga larut. Kemudian tambah air sejuk dua cawan. Ketepikan seketika.
2. Satukan bahan B iaitu keju mascarpone bersama gula aising. Putar hingga sebati kemudian masukkan whipping cream non dairy. Putar lagi hingga kental. Asingkan seketika.
3. Dalam pengisar, satukan bahan C iaitu keju Tatura, susu pekat, whipping cream non dairy bersama satu cawan susu segar. Kisar sebati.
Ads
4. Satukan krim ini dengan krim dari bahan B. Kacau sebati.
5. Untuk melapis, sediakan bekas yang sesuai. Celupkan biskut ladies finger dalam air kopi. Kemudian susun terus dalam bekas.
6. Sendukkan krim yang disatukan tadi lalu ratakan di atas biskut. Percikkan sedikit air kopi di atas lapisan krim tadi.
7. Ulang proses celup biskut dan susun. Kemudian ratakan krim di atasnya.
Ads
8. Simpan tiramisu ini di dalam peti sejuk semalaman.
9. Taburkan serbuk kokok sebelum dimakan. Hidangkan Ketika sejuk, memang sedap.
Hujung minggu biasanya ramai yang akan buat stok cili kisar. Satu kerja yang ambil masa untuk buat cili kisar ini adalah mengasingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.
Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.
Cara paling pantas asingkan biji cili kering
1. Masukkan semua cili kering dalam chopper. Nak penuh pun tiada masalah.
2. Kemudian tekan tapi jangan lama, nanti hancur jadi cili flakes pulak.
3. Nampak tak, keluar semua biji cili.
4. Kemudian tapis tak buat pun tak mengapa. Boleh terus rebus atau rendam air panas untuk buat cili kisar.
Selalu bila masak singgang kita guna ikan, cuma jenis ikan saja yang berbeza ikut cita rasa. Tapi selain dari ikan kita juga boleh masak singgang menggunakan ayam.
Singgang ayam ini antara menu biasa di negeri Pantai Timur. Bagi yang tak pernah cuba boleh masak mengggunakan cara yang dikongsi oleh Myra Edora. Lauk ini juga cukup ringkas, cuba gaul dan rebus saja. Senang tapi sedap sangat. Makan pulak dengan sambal dan ulam, terbaik gabungannya.
Cara buat singgang ayam, senang tapi sedap sangat
Bahan-bahan:
Ayam dipotong dan dibersihkan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris memanjang
Halia – hiris memanjang
Lengkuas – hiris
Serai – ditumbuk
Rempah ketumbar – tumbuk
Lada kering – dipotong
Cili api
Asam keping
Garam
Gula
Budu
Cara membuat
Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Gaul rata.
2. Letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi.
3. Tuangkan air ikut sukatan yang dikehendaki tapi jangan terlebih.
4. Buka api dan rebus hingga mendidih dan ayam masak.
Tip: Lebihkan bawang merah dari bawang, lagi sedap.
Untuk mudahkan kerja memasak, ramai yang buat stok lauk yang disejuk beku atau frozen. Sebagai tambahan idea lauk, boleh buat lauk kegemaran ramai ini, cencaru sumbat atau cencaru belah belakang.
Ramai ingat tak boleh frozen kan! Idea ini dikongsi oleh Zadariah Zakaria. Bagi yang nak buat lauk ini boleh ikut perkongsian beliau.
Cencaru sumbat cili frozen
Siapa gemar cencaru sumbat cili? Cara saya, buat banyak-banyak kemudian frozen kan. Waktu nak simpan packing seekor-seekor berasingan.
Bila-bila nak makan baru keluarkan dan goreng. Ada juga kawan-kawan yang beli ikan cencaru sumbat frozen ni. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan dikisar:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan
Gula,serbuk perasa, garam
Air asam jawa
Nota: Sukatan ikut cita rasa
Cara membuat
1. Ambil bawang besar, potong nipis kemudian gaul sekali dengan bahan dikisar.
2. Sumbat dalam ikan cencaru yang dah dibersihkan dan dibelah belakang. Letak dalam bekas/plastik berasingan seekor-seekor. Boleh simpan dalam peti sejuk beku. Atau boleh terus goreng.
TIP
Jika nampak bahan kisar agak berair, masak dulu cili selepas kisar. Kemudian baru masukkan hirisan bawang dan sumbat. Cara ini barulah sambal tak terkeluar bila digoreng.
Cara menggoreng, letak minyak agak-agak separuh tengelam ikan. Guna api perlahan. Goreng biar garing sebelah bahagian kemudian baru alih. Jangan balikkan ikan kerap ya.
Ikan belah belakang kalau nak sedap belah kedua bahagian dan sumbat sambal.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...