Makan

Cara Masak Gulai Tempoyak Ayam Yang Sedap, Gerenti Menambah Nasi

Share

Cara masak gulai tempoyak ayam boleh jadi pilihan buat yang mahu mencuba lauk berasas tempoyak berbeza rasa.

Bukan resipi baru, sebaliknya hidangan ini memang ada sejak dahulu lagi. Cuma kebiasaannya ramai yang menggunakan ikan untuk mengolah tempoyak.  Kalau nak tahu keenakannya memang kena cuba.

Cara buat gulai tempoyak ayam

Bahan-bahan

6 ketul ayam -dibersihkan
3-4 sudu besar tempoyak
Cili api (ikut kepedasan)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan air
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air untuk kuah

Cara penyediaan

1. Kisar tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup. Masukkan secawan air.

2. Tuang dalam periuk bahan kisar tadi bersama asam keping, ayam, daun kesum, bunga kantan dan satu mangkuk air. Kacau agar semua bahan sebati dan biarkan gulai merenih.

4. Bila ayam dah masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tambah gula untuk seimbangkan asa tempoyak yang kadang-kadang masam. Tutup api, boleh dihidangkan

Tip untuk dapatkan warna tempoyak yang cantik adalah dengan menggunakan gunakan cili api merah atau cili besar merah. Insya-Allah cantik warnanya.

 

 

 

 

 

 

INFO EKSTRA: Tanda tempoyak dah rosak

Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan

Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.

Sumber: Yaya Bazli

Baca Lagi: Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Ori Negeri Sembilan Yang Confirm Sedap

Published by
VK