Cara Masak Ikan Siakap Tomyam Yang Padu Habis Macam Restoren Thai. Buat Pun Senang!

Share

 

Bila tanya menu siakap yang best, selalunya yang teringat siakap 3 rasa atau siakap stim. Apa kata cuba menu yang lain pula.

Antaranya menu siakap tomyam macam yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini! Katanya padu habis macam restoran Thai.

Resipi dari Noor Hafiza ini juga mendapat 49k perkongsian di Facebook, ini pun padu juga. Kalau nak cuba boleh ikut resipi yang dikongsi.

Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai

1. Bahan utama adalah serai 4 batang hiris, separuh disumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci dihiris, bawang putih 4 ulas dihiris, 1 akar ketumbar diketuk. Masukkan air dan didihkan.

2. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam dan kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

Boleh gunakan pes jenama ini untuk rasa tomyam yang ‘kick’. Masukkan sos ikan sedikit (jika ada). Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula (saya guna gula perang / nisan).

3. Bila sudah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut dan cili).

4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan didihkan terlalu lama supaya tak sayur lembik dan hilang zatnya. Tabur juga daun ketumbar.

5. Dah siap, boleh dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak perlu sayur dah. Dalam tomyam itu sendiri dah ada sayurnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

 

 

IKLAN