Kuetiau sup yang ringkas macam ni memang sesuai sangat hidang waktu malam. Balik kerja penat-penat mesti nak masak yang mudah-mudah saja untuk hidangan keluarga kan.

Kuetiau sup Chinese style ini salah satu menu yang boleh disediakan. Sangat ringkas, makan pun sedap. Tak perlu reneh sup berjam-jam. Tak sampai 30 minit dah siap.

Cara Masak Kuetiau Sup Paling Senang & Sedap, Buat Ala Chinese Style. Tak Sampai 30 Minit Dah Siap!

Bahan-untuk sup:
Ayam bahagian dada
1 inci halia -potong nipis
Fish ball
1/2 kiub pati ayam
1/2 kiub pati bilis
2 sudu minyak zaitun (tiada pun tak mengapa)
Garam & air secukupnya

Bahan lain:
-Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
-Pak Choy- belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
-Daun sup da daun bawang- potong kecil
-Fish cake, goreng dulu dan potong nipis
-Isi ayam yang dicarik
-Bawang putih goreng dan minyak (tumbuk halus & goreng)
-Cili potong dan kicap (lagi sedap cili potong digoreng sekejap baru masukkan kicap masin dam manis)

IKLAN

Cara Masak Kuetiau Sup Paling Senang & Sedap, Buat Ala Chinese Style. Tak Sampai 30 Minit Dah Siap!

Cara membuat:
1. Masak ayam bersama halia & air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih & ayam separuh masak.

2. Masukkan pati ayam, pati bilis, minyak zaitun & fish balls.

IKLAN

3. Tambah air dan perasakan dengan garam. Masak sehingga air mendidih & ayam betul-betul masak.

4. Masa yang sama boleh celur pak choy, sekejap saja. Angkat & toskan.

IKLAN

5. Masukkan kuetiau dalam mangkuk, tuang kuah masukkan pak choy dan isi ayam. Letak kicap cili dan bawang putih goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Afidah Catalyst

 

Selain itu:  Cara Masak Sambal Udang Yang Sedap, Cuba Buat Udang Masak Thai Macam Ni
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI