Cara Masak Mi Hailam Jadi Lebih Sedap, Kena Guna Lada Hitam

Share

Kalau sebelum ini buat mi hailam rasa biasa biasa saja, lepas ini ikut cara masak yang dikongsi Hasniza Hassan. Tengok mi hailam yang dimasak ini memang mengancam. Rahsia sedap katanya adalah dengan menggunakan lada hitam ketika menumis.

Tip ini diperoleh daripada ibu saudaranya dan dipraktikkan hingga kini jika memasak mi hailam. Malah perkongsian resipi saudari Hasniza Hassan ini pernah viral satu ketika dulu di Facebook, hantarannya dikongsi hampir 104k hingga hari ini. Jom kita cuba hari ni!

Cara masak mi hailam tumis lada hitam

Bahan-bahan

1-1 ½ paket mi

Bahan kuah

11 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
1 sudu makan biji lada hitam – tumbuk kasar
Daging – rebus dan potong kecil
1 mangkuk air rebusan udang – jika ada
15 ekor udang – boleh dilebihkan
4 ekor sotong – hiris
1 biji tomato – belah 2
1-2 biji cili merah – potong
Kubis secukupnya – hiris
Sawi secukupnya – hiris
Kicap masin secukup rasa
Kicap manis secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
1-2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.

2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.

2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.

3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.

6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.

7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.

8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.

10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.

INFO: Masukkan mi apabila hidangan sedia untuk dinikmati. Jika tidak, mi akan menjadi kembang

Selamat mencuba.

Sumber: Hasniza Hassan

 

IKLAN