Makan

Cara Masak Nasi Ayam Yang Gebu, Sedap & Wangi. Makan Nasi Saja Pun Sedap

Share

Mesti dah ada yang rancang  nak masak nasi ayam hujung minggu ini. Apa kata untuk masak nasi guna cara yang dikongsi Aisyah Humaira.

Barulah hasil nasi ayam rasa lebih enak dan gebu malah baunya akan jadi wangi sangat. Makan nasi saja pun dah sedap.

Cara buat nasi ayam gebu, harum & sedap

Bahan-bahan:

1 ketul mentega (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya

Bahan tumis:

1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia

 

Cara Membuat:

1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.

 

2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.

3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.

 

Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.

Sumber: Aisyah Humaira

 

IKLAN