Kalau terasa nak makan pulut kuning dan yang nak makannya cuma seorang dua, boleh guna teknik ini.
Masak pulut kuning guna microwave! Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
Ads
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Ads
Masukkan semula dalam microvave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Walau dah hati-hati jaga telefon bimbit yang mahal tapi tiba-tiba jatuh juga dalam air. Boleh jadi jatuh dalam air banjir, longkang atau terkena tumpahan air.
Selalunya telefon yang masuk air ini kemungkinan besar akan rosak dan tak boleh dibaiki.
Tapi untuk pengetahuan kita kebanyakkan telefon pintar/ smartphone yang masuk ke dalam air atau dalam bahasa teknikal nya (water damage) masih boleh diselamatkan jika anda mengambil langkah yang betul daripada awal.
Lakukan langkah berikut jika situasi ini terjadi pada anda;
1. Keluarkan telefon itu secepat mungkin dan matikannya. Jangan hidupkan telefon anda. Sekiranya air masuk ke dalam telefon, berkemungkinan akan ada lintar pintas.
2. Tanggalkan bateri telefon. Perkara penting untuk dilakukan ialah cabutkan bateri telefon anda. Ini akan membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.
3. Ambil kad SIM anda. Anda perlu mengelap telefon sehingga kering dan biarkan.
4. Matikan atau cabut apa-apa peranti luaran seperti kad SD. Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat.
5. Vakum adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Jaga jarak telefon dari pembersih vakum, agar telefon tidak terjejas akibat kesan statik.
6. Jangan gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan telefon, walaupun pada kepanasan yang paling rendah. Ia hanya akan menolak air yang lebih dalam ke dalam peranti ini yang amat berbahaya untuk komponen elektronik teras telefon. Udara panas juga boleh mencairkan beberapa bahagian telefon
7. Anda boleh cuba mengeringkan telefon anda dengan meletakkan ia ke dalam beg plastik yang diisi dengan beras. Beras akan membantu menyerap kelembapan yang ada pada telefon dan bateri. Sebelum meletakkan peranti anda ke dalam beg beras itu, keluarkan bateri. Memasukkannya ke dalam beg beras yang sama.
Prosedur ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 hari. Balik-balikkan telefon dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menggunakan gel silika paket kecil yang biasanya dimasukkan ke dalam kasut dan pakaian. Ia menyerap air yang lebih baik.
8. Jemur telefon di bawah sinaran matahari untuk membiarkan semua bukaan kering sepenuhnya. Anda boleh meletakkan telefon itu pada tikar penyerap atau tisu dapur. Walaupun sudah menggunakan teknik vakum dan beras, jemur juga telefon tadi. Ini akan membantu menyingkirkan sisa-sisa air yang tertinggal.
9. Selepas 24 jam, periksa telefon dan pastikan ia kelihatan kering. Semak semua bahagian. Jika peranti kelihatan kering dan bersih, anda boleh cuba meletakkan bateri kembali dan menghidupkannya.
10. Jika telefon itu sudah kelihatan kering tetapi tidak boleh dihidupkan ia berkemungkinan disebabkan bateri yang kosong. Pasangkan pengecas, dan kemudian cuba untuk menghidupkannya semula.
Kebiasaannya bila hari raya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, leom atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yg boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...