Cara Mudah Bersihkan Habuk Pada Kipas Tanpa Perlu Buka Jaring & Bilah

Share

Kipas meja atau kipas stand ini memang ada di setiap rumah malah setiap bilik di kediaman, maklumlah cuaca kita kan selalu panas.

Tapi masalahnya kipas ini cepat kumpul habuk terutama pada jaring dan bilah. Nak bersihkan pula leceh, kena buka jaring penutup dan bilah barulah boleh cuci. Ini juga antara sebab kipas ini kita pandang sepi saja walau dah kotor atau tebal habuknya.

Sebenarnya ada teknik yang boleh digunakan untuk bersihkan kipas ini tanpa perlu buka jaring penutup dan bilah kipas. Lagi mudah macam ni kan. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eidiliz melalui akaun TikTok miliknya.

Cara bersih kipas tanpa buka jaring

1. Sediakan empat bahan ini;

-Setengah gelas cuka
-setengah gelas air


-2 sudu pencuci pinggan
-3 sudu baking soda

2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.

3. Kemudian sembur pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan terkena pada semua bahagian jaring dan bilah.

4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat.

5. Pasang kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dan biarkan ia berputar dalam 5 minit.

6. Selepas 5 minit buka plastik dan kita akan dapati jaring dan bilah dah bersih. Habuk tebal yang melekat akan tanggal dan jatuh dalam plastik.

@eidiliz Cara Mudah Nak bersihkan Kipas#nakdengar #jombelajar #Jomfollow ♬ original sound – Eidil Iz

Selamat mencuba.

Sumber: Eidiliz

IKLAN