Makan

Cara Mudah Bersihkan Kerak Dalam Cawan, Rendam 10 Minit Dengan Bahan Ini Terus Hilang Kotoran

Share

Cuba tengok cawan atau mug yang selalu digunakan di rumah, mesti ada kesan kerak warna perang melekat pada dasarnya.  Boleh jadi kesan dari kopi atau teh yang kita tuang di dalamnya.

Kadang-kadang cawan di restoren pun ada yang begini sehingga kita rasa geli bila  melihatnya selesai minum. Kesan ini walaupun kita sental memang sukar ditanggalkan. Sebab itu ada yang terus buang saja cawan yang ada kerak begini.

Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini. Ia hanya perlu direndam dengan tiga bahan dapur saja untuk membersihkannya.

Cara hilangkan kesan kerak degil pada cawan

Bahan-bahan diperlukan:

1. Baking soda

2. Cuka

3. Pencuci pinggan mangkuk

Gunakan baking soda.
Caranya

1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.

2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.

3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.

4. Tambahkan dengan air panas/air suam dan kacau sebati

5. Biarkan selama 10 minit

6. Selepas itu cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.

TIP: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

Sumber: Sabunku Malaysia

 

IKLAN