Rahsia Bersihkan Peralatan Besi Berkarat Dengan Mudah, Modal Tak Sampai RM5. Sekejap Semua Clear

Share

Banyak peralatan di rumah kita yang menggunakan besi dan masalah selalu berlaku dari logam ini adalah karat. Bila karat ini dah banyak sangat, permukaan akan nampak kotor dan buruk.

Jika dibiarkan karat ini akan semakin banyak pula. Bagi yang cuba membersihkan karat pada besi di rumah mungkin boleh cuba perkongsian daripada Miela Hassan

ini.

Pintu besi yang penuh karat kembali bersih dan licin selepas disembur dan disental dengan produk pembersih oven saja yang boleh dibeli di kedai Eco.

Cara mudah bersihkan karat pada permukaan besi

Saya nak kongsi cara nak hilangkan karat atau buat maintenance pintu kebal ni. Semoga dapat membantu.

Karat bukan kaleng-kaleng. Al maklum 10 tahun tak pernah servis. Semua palang chrome ada tompok-tompok karat.

Ini selepas dibersihkan kali pertama. Dah clear.

Rahsianya produk pembersih inilah beli kedai Eco saja. Jimat. Harga tak sampai RM5 pun kalau beli secara online.

Caranya;
-Spray tempat berkarat dan biarkan selama 5 minit.
-Kemudian sental dengan berus besi lembut,
-Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Pastikan betul-betul chrome ya.

Selamat mencuba.

Sumber: Miela Hassan

IKLAN