Cara Mudah Buat Capati, Guna Tepung Gandum Saja. Rasa Sedap, Lagi Mantap Cicah Kari Atau Sambal

Share

Selalu makan capati kat kedai mamak kan, sebab nak buat menu ni kena ada tepung khas iaitu tepung attar.

Tapi sebenarnya nak buat sendiri capati  tanpa tepung attar pun boleh. Guna tepung gandum, dan rasanya lagi menarik kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap untuk cicah dengan kuah kari, dhal atau sambal.

Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Wan Atirah WM.

Cara buat capati mudah, guna tepung gandum

Capati gandum buat kali kedua, rasanya sedap 2 dalam 1 roti canai + capati . Cubalah, mudah dan menyihatkan sebab tak guna minyak. Anak-anak makan 2-3 keping sorang cicah susu atau gula , makan dengan sambal bilis pun padu. Bahannya pun ringkas saja.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin Pelangi
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting

Cara membuat:

1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.

2. Masukkan air panas mendidih dan kacau guna senduk. Kemudian uli jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat .

3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap

Selamat mencuba.

IKLAN