Cara Mudah Buat Mushroom Chicken Pie. Tak Perlu Uli Doh, Kulit Guna Puff Pastry Ready Made Saja

Share

Chicken pie atau mushroom chicken pie ni memang ramai yang suka makan. Kalau beli seketul mahu dalam RM5 juga. Agak mahal tapi ramai yang tak rajin nak buat bila teringat nak kena uli doh bagai.

Tapi rupanya ada cara mudah nak buat chicken pie ini. Tak perlu uli doh,  guna saja puff pastry ready made. Caranya boleh ikut perkongsian Nadia Hazieqah Abdul Hapiz. Buat sendiri boleh lah makan berketul-ketul.

Cara mudah buat mushroom chicken pie

Lama betul tak makan Mushroom Chicken Pie ni. Kebetulan semua barang ada jadi terus buat. Makan sebiji pun dah kenyang. Disertakan resipi untuk korang yang nak cuba buat sendiri. Kulit saya guna puff pastry ready made saja.

Bahan-bahan:
Puff pastry ready made
2 sb butter
1 biji bawang holland – potong dadu
2-3 biji bawang putih – cencang
2 sb besar tepung
5 biji mushroom shitake – dipotong kecil
1/2 batang lobak merah – potong dadu
300g isi ayam
Herba parsley, oregano, blackpepper dan garam
1/2 cawan whipping atau cooking cream
1/2 cawan susu segar
Sedikit air

Cara membuat:

1. Untuk buat filling, cairkan butter, masukkan bawang holland yang dadu dan bawang putih cincang. Tumis hinga sedikit perang.

2. Kemudian masuk tepung bersama sedikit air. Masukkan mushroom shitake dan lobak merah. Apabila cendawan shitake dan masak masukkan isi ayam, parsley, oregano, blackpepper dan garam. Gaul rata.

3. Masukkan whipping atau cooking cream bersama susu segar. Masak sampai mendidih. Biarkan filling sejuk.

4. Sediakan puff pastry, canaikan dan masukkan dalam cup. Kemudian masukkan filling. Canai lagi sekeping puff pastry tekap bentuk bulat tutup atas.

Ini antara puff pastry yang boleh digunakan untuk buat kulit.

5. Kemaskan dengan garfu bahagian tepi supaya melekat elok. Sapu egg wash (kuning telur + susu segar sikit) sebelum bakar.

6. Bakar suhu 200 darjah Celsius dalam 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.


Selamat mencuba

Sumber: Nadia Hazieqah Abdul Hapiz

 

IKLAN