Alangkah enak menikmati tart untuk sajian desert, lebih-lebih lagi bagi penggemar tart telur.
Kalau beli tart telur ini agak mahal yang dijual di pasaran dan tidak berbaloi jika mahu makan seisi sekeluarga.
Maklumlah tidak cukup satu, sebaliknya akan makan untuk dua atau tiga ketul. lebih-lebih lagi jika rasanya sedap dan terasa lapar.
Jadi jangan buang masa, anda sebenarnya boleh cuba buat sendiri tart telur ini. Dan resipi tart telur dikongsi Norain Naim ini sangat menjimatkan dan mudah dibuat.
Paling penting buatannya halal serta penuh kasih sayang hasil air tangan sendiri.
TART TELUR HOMEMADE LAGI SEDAP DARI BAKERI
BAHAN PASTRY
Boleh guna pastry brand KAWAN atau apa apa brand pun boleh
BAHAN FILLING
Ads
150g gula pasir
250ml air panas
4 biji telur
200ml fresh milk @ Full cream
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Whisk telur tapi tak perlu lama. Masukkan air gula, full cream milk, esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.
Ads
3. Sebelum letak kulit pastry pada acuan sapu butter supaya tak melekat. Kemudian tepek kulit pastry dekat acuan, dan tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh.
Jangan penuh sangat. Kalau melimpah , kulit luar akan serap filling dan buat kulit pastry jadi lembik.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan.
5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk kalau lidi yang keluar bersih maknanya tart kita dah masak.
Ads
6. Keluarkan tart dari oven. Terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.
7. Dah sejuk boleh makan, sekejap dah licin sebab sedap sangat.
Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Setiap kali basuh ikan, simpan air basuhannya jika bercucuk tanam. Ini sebenarnya baja organik paling banyak khasiat untuk kesuburan tanaman.
Pokok kunyit ini antara hasil air basuhan ikan. Elok lebar dan subur daunnya. Cara penggunaannya pun mudah sangat, siram saja pada pokok.
Foto Facebook Malmisa Swak Lis Lis
Perkongsian tentang khasiat air basuhan ikan ini dijelaskan oleh Zaitun Hamid yang turut mempraktikkannya untuk tanamannya.
Ini ialah air basuhan ikan …Setiap kali lepas siang ikan saya akan simpan airnya untuk dijadikan baja organik. Petua ini saya dapat dari arwah ayah dan mak yang selalu jadikan air basuhan ikan sebagai baja pokok.
Alhamdulillah pokok tumbuh subur selepas disiram dengan air basuhan ikan. Sangat rugi kalau kita buang air tersebut begitu sahaja. Kerana, unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.
Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan. Setiap kali siang ikan, kita simpan dalam bekas siraman. Apabila waktu petang, kita boleh siram kepada tanaman.
Siram tanaman dengan air basuhan ikan waktu petang
Kenapa waktu petang? Pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis.
Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi. Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut.
Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur. Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.
INFO
Baja air ikan ini ada baik buruknya, ada kawasan tidak bermasalah menggunakan nya dan ada kawasan akan menghadapi masalah semut,lalat,tikus dan beberapa masalah lagi,boleh cuba sedikit dulu dikawasan tertentu, jika ok teruskan jika tidak abaikan.
Antara hidangan menggunakan taucu yang sedap adalah ikan masak taucu. Paduan rasa masin, manis dan pedas boleh buat kita terus makan sampai lupa tentang diet. Lauk ini kena ada kuah lebih sikit baru terasa keenakannya.
Satu lagi jika nak ikan masak taucu ini jadi lebih sedap ada satu lagi bahan yang kena letak iaitu sos ikan. Tip ini diturunkan oleh Nana Sabrina Sarsan dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.
Cara buat ikan masak taucu jadi lebih sedap
Ini cara saya buat ikan masak taucu. Saya tambah 1 bahan ni agar ikan taucu jadi lagi sedap, aroma memikat hingga lupa diet.
Bahan-bahan
-Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan.
-Bawang merah, bawang putih & halia -dikisar
-Air asam jawa
-Air secukupnya
-Sos ikan (ini bahan penyedap ikan masak taucu)
-Garam, gula dan serbuk perasa
-Kicap lemak manis (sedikit saja)
-Taucu (basuh dahulu supaya tak terlalu masin)
Bahan hiasan
-Bawang holand, cili merah dan hijau, serta daun bawang yang dihiris.
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan taucu.
2. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jika suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan.
3. Kemudian masukkan sos ikan (sedikit sahaja), garam, gula dan serbuk perasa dan kicap. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati dan akhir sekali masukkan ikan, biar sebati dengan kuah seketika kemudian boleh tutup api. Siap!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...