
Nasi daging ini menu orang Utara tapi bukan dari sana pun ramai yang suka. Nak buat nampak macam susah tapi tak sebenarnya. Ada saja cara mudah kalau nak masak sendiri nasi daging ni. Caranya dikongsi oleh Suriani Mohd. Sat ja dah siap katanya!
Cara Masak Nasi Daging Paling Mudah
Nasi daging ini menurut Suriani mengggunakan rempah campur, rempah kurma dan rempah kari. Resipinya senang saja, lain orang lain caranya.
Bahan-bahan
Daging- dipotong kiub dan direbus
Planta – 2 sudu makan
Bawang merah – 1 biji dihiris
Bawang putih – 3-4 ulas dihiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Rempah kurma – 2 sudu makan
Rempah kari – 1 sudu makan
Beras 4 cawan – dibasuh bersih
Susu cair -1/4 tin

Cara membuat
- Masukkan Planta 2 sudu makan dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah empat sekawan dan daun pandan.
2. Tumis hingga kekuningan kemudian masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air bagi masak rempah dulu, kemudian baru masukkan beras yang dah dibasuh.
4. Tuang susu cair dan masukkan sekali kiub daging 1 atau 2 ketul dan juga air rebusan daging. Kuantiti air ikut beras yang digunakan. Masukkan juga sedikit garam. Tanak seperti biasa.
Cara buat air asam kerisik

- Dalam satu bekas ambil sedikit belacan dan campur bersama cili api yang dipotong atau ditumbuh.
- Tuang air asam, kuantiti agak-agak lalu gaulkan. Masukkan juga kerisik 2-3 sudu.
- Hiris sebiji bawang merah dan juga sebiji tomato masukkan sekali.
- Masukkan juga garam, gula dan serbuk Cukup Rasa.
- Gaul semua bahan ini, nak sedap kena gaul guna jari. Sesuaikan rasanya ya, ada yang kurang tambah.
Cara buat sup tumis darat

- Rebus daging hingga empuk (rebus bersama sedikit garam).
- Untuk buat sup tumis darat, hiris satu biji bawang merah bersama 3-4 ulas bawang putih lalu tumis.
- Masukkan sekali halia dan rempah 4 sekawan. Tumis hingga kekuningan.
- Kemudian bolehlah masukkan daging yang direbus tadi bersama airnya. Biar mendidih.
- Kemudian tabur daun sup. Siap!
Sumber: Suriani Mohd.
Baca: Cara Buat Nasi Ulam, Sedap Wangi Penuh Khasiat 15 Ulam. Sekali Makan Teringat-Ingat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
 sekarang!
sekarang!

 

















