Cara Mudah Semai Benih Kunyit, Alas Kertas Basah Letak Tempat Gelap

Share

Kunyit hidup memang sering kita gunakan dalam masakan, begitu juga dengan daunnya. Berbaloi sangat kalau kita tanam pokok kunyit ini sekitar rumah.

Tak perlu kawasan luas pun, dalam pasu pun boleh. Tapi sebelum tanam pokok kunyit ini cambah dulu benihnya. Cara mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Razak Adom.

Cara menyemai benih kunyit

1. Pilih isi-isi kunyit yang bermata tunas untuk disemai (boleh guna kunyit yang dibeli di kedai runcit atau pasar).

2. Alas bekas dengan 2 lapisan kertas surat khabar.

3. Susun isi kunyit dalam bekas tersebut.

4. Tutup bahagian atas benih dengan 2 lapis surat khabar yang basah.

5. Letak di tempat gelap. Boleh letak dalam almari, kotak atau bungkus dengan kain. Jangan tutup terus nanti benih busuk.

6. Periksa selepsa 2 minggu. Keluarkan benih yang dah bertunas panjang ( lebih 1 1/2 inci), semai dalam polibeg.

7. Tunas yang masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dalam bekas. Basahkan lagi surat khabar penutup. Sambung proses pengeraman.

8. Periksa lagi selepas seminggu. Begitulah seterusnya sehingga semua benih mengeluarkan tunas. Buang benih yang busuk/buruk.

Selamat mencuba.

Sumber: Razak Adom.

IKLAN