Mudahnya Tanam Kangkung Guna 4 Bahan, Hasilnya Lebih Menjadi Bila Siram Akar Pakai Baja A+B!

Share

Tak rugi berbudi pada tanah kerana hasil sayuran ditanam boleh dimakan sekaligus menjimatkan belanja dapur.

Selain sawi, pak choy, sayur kangkung juga menjadi pilihan untuk bercucuk tanam.

Tidak sukar untuk menanamnya kerana kangkung boleh hidup subur jika kena caranya.

Perkongsian oleh Encik Acan Ca dari page Berkebun Di Rumah ini boleh kita praktikkan untuk mendapatkan hasil yang banyak dengan hanya menggunakan empat bahan saja.

Tanam Kangkung Guna 4 Bahan

Bahan diperlukan:

1. Benih kangkung
2. Raga dan besen
3. Kapas muka
4. Baja A+B

Cara membuat:

1. Pastikan biji benih terendam pada paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam sampai tenggelam benih berkenaan.

Tabur biji benih pada kapas lembab.

2. Biarkan dan selepas 5 hingga 6 hari, semaian akan jadi begini.

Semaian lepas 5 hingga 6 hari.

3. Campurkan baja A+B dalam air, ikut umur pokok yang ditanam. Contoh 5 hari kena guna sukatan 500/600EC sukatan baja A+B. Manakala 15/20 hari pula sukatannya 800/1.0EC. Untuk sukatan baja A=B kena ada EC meter.

Sukatan guna EC meter.
Cara sukatan baja A+B.

Info tambahan:

– Baja A+B boleh beli di Shopee. Biasanya jenis cecair, campurkan dalam air. Goncang dan kemudian tuangkan.

Baja A+B.

– Taburkan saja biji benih dalam penapis dan pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap dan bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.

– Kalau tak mahu letak tisu, tabur saja biji benih dalam penapis tetapi jangan banyak. Untuk elakkan daun terbantut, kecil dan tidak lebar. Apabila sudah bertunas, cepat-cepat dedahkan kepada cahaya matahari.

Boleh juga kalau tak mahu letak tisu.

– Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air waktu pagi dan petang sekali.

– Ketika semaian jangan kena sinaran matahari, kalau sudah keluar daun, boleh kena sinaran matahari selama setengah jam sudah memadai pada cahaya matahari pagi.

Artikel berkait:

Tanam kangkung, Bayam Guna Penapis Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam

Cara Tanam Sayur Paling Mudah Guna Teknik 3T

Nota: Untuk yang nak dapatkan baja A+B, boleh cari di sini

IKLAN