Cara Mudah Tanam Pokok Kunyit Ikut Petua Orang Tua Supaya Daunnya Cantik Subur

Share

Pokok kunyit antara tanaman wajib bagi yang bercucuk tanam di rumah. Tapi selalu jadi rungutan bila pokok naik, daun kunyit tak cantik. Sama ada jadi kuning ataupun dimakan ulat.

Selalu berkongsi tip penanaman nenek Siti Samsiah

berkongsi cara beliau menanam pokok kunyit supaya subur dan daunnya cantik tanpa cacat cela.

Cara nenek tanam pokok kunyit, cun melecun tanpa cacat daun

Ini pokok kunyit nenek. Cun melecun tanpa cacat daunnya. Ada lagi yang baru disemai juga naik cantik tunas-tunasnya. Ini cara nenek semai/tanam pokok kunyit.

1. Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nurseri dan tambah sabut hancur.

2. Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.

3. Biarkan tanah ini beberapa hari.

4. Kemudian cucuk kunyit dalam tanah. Pastikan mata tunas menghala ke atas.

Artikel berkait: Bungkus Dengan Tisu Lembap, Cara Mudah & Cepat Benih Kunyit

5. Tutup nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi.

6. Siram hari-hari. Pokok ini nenek letak di bawah matahari sepenuhnya.

Pokok kunyit nenek lagi.

Semoga bermanfaat

Artikel berkait: Tip Pulihkan Daun Pokok Kunyit Yang Kuning Kering

Sumber: Siti Samsiah

IKLAN