Cara Mudah Tanam Pokok Sup, Beli Sejambak Pilih Yang Ada Akar. Kerat & Tanam!

Share

Kalau nak tanam pokok sup untuk makan sendiri kita guna cara yang mudah ini. Tak perlu tanam dari biji benih pun.

Cuma beli saja pokok sup di kedai runcit, kerat dan tanam bahagian pangkalnya. Ini cara yang digunakan oleh Adana Embong. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah penanaman yang dikongsi.

Cara mudah tanam pokok sup guna keratan

Kalau setakat tanam untuk masak guna saja cara ini;

1. Beli je sejambak daun sup pilih yang banyak batang & akar.

2. Sejambak pokok sup pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 4.

Potong bahagian daun dan boleh guna untuk memasak. Kalau banyak boleh letak dalam bekas yang berisi air untuk tahan lama, seminggu pun segar lagi.

3. Sediakan pasu atau polibeg yang diisi dengan cocopeat atau tanah yang beli kedai Eco pun boleh. Tapi jangan letak padat. Bila padat, air bertakung dan ini boleh menyebabkan akar cepat busuk. 

4. Kuantiti tanah pun letak separuh saja dulu, bila pokok dah stabil nanti baru tambah tanah. Kemudian boleh tanam terus keratan pokok sup tadi. Boleh letak 3 keratan dalam satu polibeg.

5. Keratan yang baru ditanam ini hanya semburkan sedikit air, jangan terlalu banyak kerana akar boleh jadi reput. Letak keratan baru ditanam ini di tempat terlindung. Jangan letak tempat panas terus.

6. Bila pokok sup dah naik boleh tambah tanah dan juga baja organik/ baja kopi.

Ini pokok sup usia 2 bulan, elok segar.

Selamat mencuba.

Sumber: Adana Embong

 

IKLAN