Cara Mudah Tanam Ubi Keledek Manis, Potong 3 Terus Tanam Tapi Jangan Kambus!

Share

Petang-petang dapat makan ubi keledek manis rebus yang masih panas syok.

Tapi nak cari keledek manis ini agak susah. Kalau alang-alang dah jumpa keledek ini di pasar boleh cambahkan benih kalau nak tanam.

Cuma ambil seketul keledek, potong dan terus tanam. Senang sangat kalau ikut cara yang   dikongsi oleh Rose Bellynn

.

Cara mudah tanam pokok ubi keledek

  1. Ambil seketul dua ubi keledek yang kita beli, potong jadi 3-4 bahagian.

2. Terus tanam ke tanah sama ada dalam pasu, polesterin, plastik beras atau atas batas.

3. Pastikan jangan kambus atau tutup permukaan ubi keledek yang dipotong dengan tanah. Siram.

4. Dalam 2 minggu tunas akan naik di bahagian tepi keledek yang dipotong tadi. Satu potongan boleh ada sampai 4 benih dengan 6-7 helai daun.

5. Pastikan selalu gembur tanah supaya ubi jadi banyak. Ini baru usia 2 bulan. Biasanya dalam 4-5 bulan ubi keledek boleh dituai.

Tanam dalam bekas polisterin saja. Nak tanam atas batas, dalam plastik beras, pasu atau polibeg besar pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Rose Bellynn

IKLAN