Cara Nak Dapat Diskaun Tiket Wayang Dari Harga RM17 Jadi RM8.50. Boleh Bawa Semua Anak!

Share

 

Hujung minggu selalu anak-anak request tengok wayang. Kalau anak nak pergi dah tentu mak pun ikut sama.

Kalau macam ni biasanya kena angkut satu famili. Bajet dia faham-fahamlah, lebih seratus kalau anak ramai.

Tapi kalau tak nak keluar belanja banyak untuk bawa famili tengok movie bolehlah ikut cara yang dikongsi oleh Masturah Abu Bakar ini.

Ramai tak tahu rupanya TGV ada ada diskaun kalau tengok hari Sabtu untuk pemegang kad kredit atau debit Maybank. Cuma kuantitinya terhad, siapa cepat dia dapat.

Caran-caranya

Nak tengok wayang dengan anak? Saya survey tiket dewasa je Rm17, kanak-kanak RM9. Mahal nauuu. Meh saya tunjukkan macam mana cara nak dapat tiket wayang murah.

Dewasa RM8.50, kanak-kanak RM4.50 je. TGV Special diskaun hanya valid untuk tayangan pada hari SABTU sahaja ya. Yang penting korang mesti Maybank Credit/Debit card holder.

Korang kena book cepat tau, limit to 5000 tiket sahaja sehari. Best kan? Meh follow step by step ikut gambar ye.

1. Bukak website www. tgv.com.my pastu cari movie yang berkenan, ini waktu nak tengok Frozen dulu. Tekan book now!


2. Then korang pilih tarikh, location dan masa tayangan.

3. Pastu akan keluar yang ni. Kalau korang malas sign up just continue as guest.

4. Masukkan detail korang.

5. Pilih seat, kalau anak beranak ada 5 orang termasuk mak ayah korang tick 5 seat ya. Tekan kat petak kuning tu

6. Kat partner offer tu korang click anak panah ke bawah tu.


7. Kat sini korang tolak classic 4 tu sampai jadi kosong. Then tambah kat partner offer tu nak berapa banyak kids n adult.


8.Taraaa done.


9. Pastu akan keluar f&b kalau korang taknak just tekan continue dan pay.


10. Ok masukkan detail kad korang kat sini. Jangan pi tekan online banking kat bawah tu pulak nanti tak dapat diskaun.


11. Yayyy dah berjaya.


12. LIMIT TO FIRST 5000 redemption sehari untuk nationwide so korang kena rebut la. Kalau tak dapat hari ni try esok pulak.

13. Last sekali korang akan dapat QR code, screenshot then simpan. Nanti masa nak masuk korang tunjuk je kat kaunter

INFO

  • Kalau korang nak tengok movie lain pun boleh. Hanya pilih nama movie dan apply step yang sama ya.
  • Kalau tak keluar ‘partner offers’ tu maksudnya dah habis kuota. Korang kena try esok pulak ya.

Selamat menonton wayang ya!

Sumber: Masturah Abu Bakar

 

IKLAN