Selain melipat, rutin menggosok pakaian antara kerja rumah tangga yang kurang digemari kaum wanita. Ia bukan saja mengambil masa malah tenaga kerana kepanasan.
Tapi Afnee Baker telah berkongsi satu kaedah yang mampu memudahkan kerja menggosok pakaian.
Kaedah yang dipraktikkan ini dikatakan dapat menjimatkan separuh daripada masa kaum ibu khususnya untuk tugas ini sekaligus bil elektrik kita.
Caranya adalah dengan meletakkan aluminium foil di bawah pengalas papan seterika atau iron board.
Logiknya semasa menggunakan seterika, aluminium foil ini akan turut panas secara tak langsung seolah-olah kita menggosok pada kedua-dua bahagian baju secara serentak.
Ikuti langkah yang dikongsi.
Ads
Langkah 1
Bahan yang diperlukan aluminium foil, kain secukupnya, pelekat dan stapler.
Langkah 2
Lekatkan aluminium foil pada papan seterika kemudian kemaskan dengan pelekat.
Ads
Langkah 3
Alas bahagian atas aluminium foil dengan kain, kemaskan dengan stapler.
Langkah 4
Siap dan boleh digunakan. Inilah hasilnya menggunakan kaedah aluminium foil pada papan seterika.
Sayur atau pokok buah tanam sendiri memang lagi selamat dimakan, kerana kita boleh kawal kaedah penanaman tanpa perlu letak bahan kimia.
Antara bahan yang elok digunakan untuk tanaman adalah saki baki dapur kita iaitu kulit telur. Kulit telur ini bukan saja berguna untuk menyuburkan tanaman dan tanah tapi juga mengelak serangan serangga perosak.
Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Cara biasa kita buat untuk biak pokok buah melalui keratan batang adalah cari keratan, potong dan terus cucuk dalam tanah. Kemudian siram. Ada yang hidup dan ada juga yang tak naik pun tunas baru.
Bagi memastikan anak pokok dari keratan cepat bercambah dan tumbuh subur, ada langkah perlu dilakukan. Dikongsi oleh Mazlan Mat Wi, boleh rujuk cara beliau biakkan pokok menggunakan keratan batang.
Di bawah ini, saya kongsikan cara-cara biakkan pokok buah menggunakan keratan batang (yang ini untuk pokok tin). Cara ni pun saya belajar dari YouTube sahaja
1.Potong dan buang bahagian bawah botol air mineral atau botol plastik yang saiz 1 liter.
2. Sediakan tanah dalam polibeg untuk semai keratan nanti.
3. Pilih bahagian dahan/ranting pokok yang sesuai untuk dibuat keratan. Sayapilih yang ni.
4. Keratan yang telah dipotong dibuang sedikit bahagian kulit luar untuk memudahkan keluar akarnya nanti.
6. Tak ada hormon penggalak akar, saya gunakan bawang merah sebagai penggalak akar semula jadi.
7. Sapukan bawang merah yang telah dibelah ke sekeliling bahagian bawah keratan yg telah dibuang sedikit kulit luar tadi.
6. Biarkan 3-5 minit supaya air bawang merah tadi kering dan meresap ke bahagian dalam batang.
7. Cucuk bahagian bawah keratan ke dalam polibeg berisi tanah dan tutup dengan botol mineral yang telah disediakan seperti ini. Tujuannya supaya keratan berada dalam keadaan yang sesuai utk tumbuh dan tidak terkena serangan kulat.
Letakkan polibeg di tempat redup dan tidak terkena cahaya matahari.
8. Tadaa… Selepas 2 minggu…buka tengok semuanya dah keluar tunas dan pucuk baharu. Alhamdulillah… Percubaaan kali pertama berjaya.
Pengantin baru atau pasangan yang baru berkahwin perlu bijak menghias rumah supaya situasi lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan. Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior memberikan 10 tip hiasan dalaman untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.
Sudah menjadi lumrah pasangan muda yang baru memulakan hidup akan menyewa atau membeli kediaman bersaiz kecil. Selain dari harga sewa yang murah, kediaman kecil seperti flat atau apartmen dilihat sesuai untuk pasangan yang hanya tinggal berdua. Jika tinggal menyewa semasa bujang bersama kawan-kawan, kebiasaannya apa yang ada sudah memadai. Tilam single, almari dan meja di bilik dirasakan sudah sempurna dan lengkap tetapi apabila berkahwin pastinya kita mahukan perabot rumah lebih sesuai dan selesa. Jom semak tip hias rumah yang dilakukan oleh pasangan ini. Murah, cantik dan mampu milik, paling penting mesti bijak cari perabot sesuai.
1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.
2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.
3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.
4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.
5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.
6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.
7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.
8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.
9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.
10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...