Bagi yang suka bercucuk tanam tapi kawasan rumah terhad, cara yang dipraktikkan oleh Iszaynuddin Abd. Hamid boleh diguna pakai. Menggunakan semula botol sabun pencuci, ia dijadikan bekas untuk menanam sayur.
Satu botol boleh tanam 8 pokok sayur. Memang jimat ruang, dan jimat kos kerana tak perlu guna banyak pasu. Bagi yang berminat, beliau turut berkongsi cara membuatnya.
Satu botol boleh tanam 8 pokok sayur
Bagi yang kekurangan tanah untuk bercucuk tanam boleh gunakan teknik seperti ini bagi menjimatkan ruang. Satu botol boleh digunakan utk 8 pokok sayur. Selamat mencuba.
Bahan diperlukan
Botol sabun pencuci
Pisau
Soldering iron
Botol kaca
Cara membuat
1. Cuci bersih dulu botol sabun yang hendak digunakan dan potong bahagian atas menggunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.
2. Kemudian buat lubang di bahagian bawah menggunakan soldering iron untuk mengalirkan air keluar.
Ads
3. Lakarkan dulu 7 garisan lurus di beberapa bahagian botol supaya mudah untuk kita potong dan membuat lubang.
4. Panaskan pisau atas dapur, ia akan digunakan untuk memotong garisan yang dilakarkan tadi.
5. Ambil pisau yang sudah panas tadi dan potong ikut garisan yang dibuat.
Ads
6. Selepas itu panaskan pula bahagian botol yang dipotong tadi supaya bahagian plastik itu lembut dan mudah kita lubangkan.
7. Selepas bahagian botol lembut, terus masukkan muncung botol kaca.
8. Terus lalukan pada air paip supaya ia sejuk dan keras semula.
Ads
9. Ulang proses ini untuk membentuk 7 lubang pada satu botol.
Inilah hasil tanaman menggunakan botol yang siap.
Boleh juga tonton video cara membuat bekas tanaman ini di SINI
INFO
Semai biji benih di tempat semaian terlebih dahulu, bila dan naik 4-5 daun barulah dialih dalam botol ini.
Selepas alih letakkan di tempat redup dulu lebih kurang seminggu hingga anak pokok kuat kemudian barulah di letakkan di tempat cahaya penuh.
Biasanya biji benih yang kecil seperti sawi dan bayam kita tabur terus saja ke tapak semaian.
Tapi bila bercambah barulah nampak, anak benih semuanya rapat rapat. Boleh saja biarkan cuma nanti pokok sayur tak cukup zat, kurus-kurus saiznya.
Supaya hasil sayur tak jadi begini ada tip yang boleh dipraktikkan untuk semai biji benih yang halus saiznya. Tip dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Tip semai biji benih sayur bersaiz halus
Hari ini nak kongsi tip mudah nak tanam biji benih yang bersaiz terlalu kecil seperti biji sawi dan bayam.
1) Campur biji benih dengan pasir sebelum ditabur ke tanah.
Tujuannya untuk memudahkan kita memegang benih. Struktur pasir yang kasar memudahkan untuk kita pegang dengan hujung jari.
Satu lagi untuk mengelakkan kita tabur terlalu banyak benih pada satu-satu masa.
Nanti pokok akan tumbuh terlalu rapat dan padat. Seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok. Pokok akan jadi kecil dan slim jer nanti.
2) Buat garisan lubang pada batas tanaman
Bila ada garisan lubang mudah untuk kita tabur benih. Senang boleh nampak kuantiti benih yang ditabur. Kalau nampak terlebih mudah untuk ambil dan pindahkan ke tempat lain berbanding dengan cara tabur secara rawak. Jenuhlah nak tilikkan.
Satu lagi rasionalnya buat garisan, nanti pokok tumbuh cantik dan tersusun. Sedaplah mata memandangkan. Nak cabut masa tuai hasil pun senang.
Hampir setiap hari melayari Facebook tapi disebabkan lupa password punya pasal kita tak dapat log in.
Puas cuba tapi tak berjaya, nak verify no phone dan emel pun tak lepas. Bagi korang yang berdepan masalah ini boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Izzat Haikal ini.
1. Buka Google. Klik 3 titik bahagian kanan.
2. Klik Setting.
3 Tekan Manage your Google Account.
4. Pergi ke Security.
5. Pilih Password manager.
6. Klik Facebook. Sinilah disenaraikan password yang tersimpan.
7. Nanti akan keluar paparan ini.
8. Tekan bahagian mata yang dipalang dan akan keluarlah password yang kita gunakan selama ini. Boleh guna untuk log in Facebook.
Lesung batu yang baru dibeli biasanya kita akan basuh dan terus guna. Tapi ramai tak perasan bahawa sebenarnya pada lesung batu baru ini masih melekat kotoran daripada proses pembuatannya.
Bagi untuk memastikan ia bersih, tak cukup sekadar membasuh dengan sabun atau membilasnya. Ada cara yang perlu kita lakukan agar alat penumbuk tradisional ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.
Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama
Langkah cuci lesung batu baru
1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.
2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.
3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.
4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.
5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.
Petua
Pilih lesung yang bentuknya dalam
Alunya besar atau berat
Diperbuat daripada batu bukan marble
Selepas guna terus cuci supaya kotoran tak melekat, tak perlu guna sabun pun kerana air sabun boleh diserap dalam batu lesung.