
Isi Kandungan
Toggle
Selain melipat, rutin menggosok pakaian antara kerja rumah tangga yang kurang digemari kaum wanita. Ia bukan saja mengambil masa malah tenaga kerana kepanasan.
Tapi Afnee Baker telah berkongsi satu kaedah yang mampu memudahkan kerja menggosok pakaian.
Kaedah yang dipraktikkan ini dikatakan dapat menjimatkan separuh daripada masa kaum ibu khususnya untuk tugas ini sekaligus bil elektrik kita.
Caranya adalah dengan meletakkan aluminium foil di bawah pengalas papan seterika atau iron board.
Logiknya semasa menggunakan seterika, aluminium foil ini akan turut panas secara tak langsung seolah-olah kita menggosok pada kedua-dua bahagian baju secara serentak.
Ikuti langkah yang dikongsi.
Langkah 1
Bahan yang diperlukan aluminium foil, kain secukupnya, pelekat dan stapler.
Langkah 2
Lekatkan aluminium foil pada papan seterika kemudian kemaskan dengan pelekat.
Langkah 3
Alas bahagian atas aluminium foil dengan kain, kemaskan dengan stapler.
Langkah 4
Siap dan boleh digunakan. Inilah hasilnya menggunakan kaedah aluminium foil pada papan seterika.
Selamat mencuba
Sumber Facebook Afnee Baker
Anak Kembar ‘Behave’ Di Masjid Waktu Tunai Solat Tarawih, 5 Tip Dari Dr Sheikh Muszaphar

Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.
Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.
Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.
5 tip bawa anak kecil ke masjid untuk solat tarawih
Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.
5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:
1. Bersedia
Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.
2. Cari sudut hujung
Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.
3. Sentiasa awasi anak
Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.
4. Jika anak menangis
Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.
5. Makan sebelum ke masjid
Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.
Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.
Sumber:drsheikhmuszaphar
Agar-Agar Susu Kotak, Penyejuk Tekak Yang Paling Senang Nak Buat

Kalau tercari-cari apa pencuci mulut yang senang nak dibuat dan berkhasiat untuk hidangan anak-anak boleh cuba agar-agar susu kotak ini.
Mudah sangat caranya cuma guna susu kotak dan agar-agar saja. Rasa manis dan lemak dari susu ini dah tentunya disukai semua.
Idea serta cara membuat agar-agar susu kotak ini dikongsi oleh Ain’nie Rahman.
Agar-agar susu kotak, penyejuk tekak
Bahan-bahan
1 liter air kotak – coklat/ strawberi (ikut cita rasa)
3 sudu gula (boleh tambah atau kurangkan)
10gm (1 pek) agar-agar serbuk tanpa warna
Cara masak:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, didihkan dan kacau. Siap!
2. Gunting kotak susu, tuang agar-agar dalam kotak.
3. Sejukkan dalam peti ais, bahagian bawah bukan freezer. Sejukkan satu malam (, kalau 1-2 jam tak sempat beku sebab kotak susu besar).
4. Enak dimakan waktu agar-agar sejuk, sejuk bila lalu di tekak.
Kalau nak guna acuan lain selain kotak susu pun boleh saja. Selamat mencuba!
Sumber: Ain’nie Rahman
TIP MASAK AGAR-AGAR : Cara Sukat Air Untuk Masak Agar-Agar Supaya Hasilnya Menjadi Cantik
Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser

Tiga tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, sudah di tahap empat ketika itu.
Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.
Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.
“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.
“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.
“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.
“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.
“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.
“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.
Tip pemakanan untuk pesakit kanser
Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:
- Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
- Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi.
Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam. - Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.
- Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.
- Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.
- Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
- Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
- Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.
Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM
- Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim atau gril saja.
- Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.
- Kunyit muda boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
- Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.
Ikuti juga video perkongsian Ustaz Hanafi sempena bulan kesedaran kanser November ini.
Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.
Sumber: Ustaz Hanafi