Cara Pilih Tepung Beras Yang Betul Supaya Kuih Menjadi, Kena Tengok Bilangan Gajah!

Share

 

Bila beli tepung beras untuk buat kuih biasanya kita tengok tulisan tertera tepung beras dan nampak saja cap gajah kita terus beli. Kemudian bila buat kuih walau pun dah ikut resipi tapi tetap tak menjadi. Kenapa ya?

Ha! Ini mungkin sebab kita beli tepung beras yang berbeza dari yang digunakan dalam resipi. Ramai tak tahu bahawa tepung beras yang dijual di kedai sebenarnya ada beberapa jenis. Salah pilih mungkin sebab itu kuih tak menjadi.

Tepung beras yang kita beli biasanya diperbuat dari Thailand dan ia ada 3 jenis yang berlambangkan gajah. Perasan tak lambang gajah tapi bilangan gajah ini berbeza. Inilah membezakan jenis tepung. Kemudian ada pula gambar Teratai, ini pun berbeza

Supaya tak silap beli, kena tahu perbezaannya ya!

Tepung Beras Cap 1 Gajah

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
  • Tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhall

Tepung Beras Cap 3 Gajah

  • Sangat sesuai untuk kuih kuih tradisional seperti contoh kuih kuci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih.
  • Ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

Tepung Beras Cap 5 Gajah

  • Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
  • Sebab ia lebih kental

Tepung Beras Cap Teratai

  • Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
  • Kalau buat apam rasa tepung nya kurang
  • Jika buat rempeyek dan tumpi sangat ranggup hasilnya

Sumber : Muhammad Asyraaf

IKLAN