Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Ads
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ads
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Rumah kampung lama selalunya dibina tanpa siling. Kebiasaannya kita akan tambah kemudian hari bila ada bajet.
Jika ketika ini ada yang bercadang nak buat siling di rumah kampung perkongsian Shamsul Nizam boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi hasil DIY siling bilik rumah kampung menggunakan besi batten. Hasilnya kemas dan cantik.
DIY siling rumah kampung guna besi batten
Cuma nak share siap DIY siling bilik rumah kampung guna besi batten Luas 11×12 Besi batten Siling 2×4 Spray hitam diy Rivet Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri
Fitting setiap siling. Saya rivet pada semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas
Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Spray warna hitam separuh.
Siling siap dicat warna putih untuk finishing supaya berseri dengan frame hitam.
Cuma tolak atas & alih ke tepi untuk buka siling. Buka ini sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
Jika dua hari lepas kita menyaksikan situasi pembelian panik di pasar raya, semalam pula lain keadaannya. Menjelang malam orang ramai berkumpul di balai polis terdekat untuk mendapatkan pelepasan keluar daerah/ negeri selepas diarahkan berbuat demikian apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.
Ramai yang mengambil kesempatan selama tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan untuk pulang ke kampung. Namun akibat kesesakan yang berlaku, arahan tersebut ditarik balik malam tadi.
Pun begitu sebagai tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat supaya virus ini tidak menular, kita diminta untuk tidak keluar daerah/negeri. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pengecualian pergerakan rentas negeri ini hanya dibolehkan untuk sebab berikut:
1. Kematian ahli keluarga terdekat 2. Sakit tenat ahli keluarga terdekat 3. Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga
Meski permit pelepasan pergerakan antara negeri ditangguhkan sementara waktu diharap orang ramai mematuhi perkara ini.
Tempoh 14 hari kawalan pergerakan ini adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus Covid-19 yang telah menyaksikan dua kematian di Malaysia semalam.
Ramai yang tak perasan bahawa kad Touch ‘n Go yang kita guna saban hari itu ada expiry date atau tarikh luput.
Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad.
Apa nak buat kalau kita tak perasan dan hanya tahu kad luput bila berada di depan palang tol. Mahu tak mahu kena minta bantuan petugas tol.
Situasi ini memang akan menyusahkan kita dan kereta di belakang. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah periksa kad Touch ‘n Go yang kita gunakan selama ini.
Kalau tiada baki, boleh beli kad baru harganya RM10. Namun jika kad yang dah luput masih ada baki yang banyak kita boleh memohon refund dari Touch ‘n Go.
Caranya boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go di Nu Sentral atau Subang Jaya sekiranya anda berada di Kuala Lumpur atau Selangor.
Kita akan diminta mengisi borang untuk urusan pemulangan duit baki yang akan dimasukkan ke akaun bank atau Touch ‘n Go e-wallet. Proses ini mungkin mengambil masa lebih 30 hari.
Atau pun anda boleh juga layari laman web Touch ‘n Go di SINI untuk memohon refund secara online.
Anda boleh juga memohon bantuan untuk perkara ini daripada talian khidmat pelanggan Touch ‘n Go.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...