Cara ‘Replant’ Pokok Kucai Yang Penuh Pasu Supaya Hasil Jadi Lebih Banyak & Tersusun!

Share

Antara pokok sayur yang senang ditanam  dalam pasu atau polibeg adalah kucai. Selalu terjadi pokoknya sampai penuh pasu.

Jika terlebih sarat tanaman kucai dalam pasu atau polibeg, kenalah keluarkan untuk proses tanam semula bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak. Untuk mengetahui cara untuk tanam semula kucai ini, perkongsian Euis Maemunah

boleh dijadikan panduan.

Cara replant pokok kucai yang penuh pasu

Kali ini nak kongsi cara replant pokok kucai bila sudah penuh dalam pasu atau polibeg.
1. Keluarkan pokok dari pasu/ polibeg. Buang tanah lama.
Keluarkan dari polybag /pasu.
2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.
Proses basuh.

3. Buang akar sependek mungkin, botak pun tidak mengapa, dan ubi yang sudah tua.

4. Bersihkan batang dari kulit yang sudah reput.
Buang ubi yang dah tua.
Bersihkan selaput /kulit yang sudah mati di sekeliling batang.
Batang yang siap dibersihkan.
5. Siap untuk ditanam semula.

6. Boleh tanam satu polibeg 3-5 pokok.
Tanam dalam polibeg /pasu/batas, kuantiti pokok setiap lubang adalah ikut suka. Saya tanam polibeg ukuran 15×12 letak 5 pokok.

INFO:  Jangan takut untuk buang akar, sebab akar itu sudah tidak berguna lagi.

Pokok akan mengeluarkan akar baru.

Sumber: Euis Maemunah

Artikel berkait:

Cara Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

Cara Biakkan Pokok Kucai Untuk Lebih ‘Gemuk’

 

IKLAN