Kewangan

Cara Semak Baki Duit Dalam MyKad Untuk Tahu Bantuan RM100 Dah Masuk Ke Belum

Share

Cara Semak Baki Duit Dalam MyKad Untuk Tahu Bantuan RM100 Dah Masuk Ke Belum

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira memberikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sumbangan wang tunai secara one off ini akan disalur dalam My Kad bermula 31 Ogos nanti bersempena Hari Kebangsaan sebagai salah satu usaha membantu rakyat berdepan kos sara hidup.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya macam mana pula nak semak baki duit dalam MyKad atau kad pengenalan ini?

Cara Semak Baki Duit Dalam MyKad

Sebelum itu kita kena tahu MyKad kita sebenarnya boleh berfungsi sebagai kad Touch ‘n Go (TnG) sekiranya terdapat logo TnG di bahagian belakang.

Jadi, semakan baki boleh dilakukan seperti berikut:

1. Guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet

a. Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
b. Tekan ikon ‘TNG Card’.
c. Pilih ‘Add New Card’.
d. Masukkan nombor siri MyKad (Nombor MFG) dan nama anda.
e. Tekan ‘Submit’.
f. Baki kad akan dipaparkan di skrin.

2. Guna mesin kiosk Touch ‘n Go

a. Pergi ke kiosk TnG yang biasa ditemui di pusat membeli-belah atau stesen LRT dan MRT.
b. Imbas MyKad anda pada mesin.
c. Baki akan dipaparkan secara automatik.

3. Guna mesin tambah nilai

a. Mesin ini biasanya ada di stesen minyak, kedai serbaneka atau hentian R&R.
b. Letak MyKad pada pengimbas.
c. Baki akan keluar pada skrin tanpa perlu tambah nilai.

4. Layari portal Touch ‘n Go Untuk Semak Baki Duit

a. Masuk ke laman web rasmi TnG dan log masuk ke akaun anda.
b. Klik bahagian ‘Card Portal’.
c. Anda boleh lihat maklumat termasuk baki terkini dan nombor siri kad dalam laman web tersebut (beli kad Touch & Go di SINI)

Wang tersebut boleh digunakan di lebih 4,100 kedai runcit terpilih seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai serbaneka di semua daerah seluruh negara, mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember tahun ini.

Sumber: Mstar

Baca Lagi: Duit Tak Keluar Di ATM Waktu Buat Pengeluaran, Ini Yang Perlu Kita Lakukan Untuk Semula Wang

 

Published by
VK