Cara Servis Dapur Gas Kalau Api Dah Makin Kecil. Boleh Guna Cara Ini Untuk Semua Jenis Dapur Gas

Share

Bagi yang selalu memasak, api dapur yang kecil akan menimbulkan masalah. Kerja memasak akan jadi lambat. Ini boleh menimbulkan stres kalau banyak kerja lain lagi naik buat.

Supaya tak berlarutan, kena cepat servis. Tapi tak payahlah sampai upah orang untuk buat. Kita boleh servis sendiri je kat rumah. Caranya ikut saja perkongsian Saiful Yusof

.

Cara Servis Dapur Gas Kalau Api Dah Makin Kecil

Api dapur terlalu slow, nak masak pun jenuh nak tunggu masakan siap. Boleh buka & cuci lubang nozzle jet . Lubang tu lama-lama guba tersumbat dgn minyak. Spray WD-40 sikit pastu korek guna jarum halus sampai nampak semula lubang. Alang alang dah buka overhaul cleaning sekali.

Dah siap insya -Allah Api kembali besar & kuat seperti dapur baru. Teknik yang sama untuk semua jenis dapur gas.

1. Untuk dapur jenis macam ni, kena buka 6 biji skru pada bahagian tepi stove burner / tungku.

2. Alihkan stove burner baru nampak Nozzle jet.

3. Bersihkan lubang nozzle.

4. Boleh repair sekali cable fire starter yang dah cair. Balut cable tu guna aluminum tape saja.

5. Alang-alang buka paip gas ni sekali, sembur guna air compressor.

6. Ganti semua skru yang dah reput.

Alhamdulillah, api kembali besar lepas servis.

Semoga bermanfaat

Sumber: Saiful Yusof

Nak beli dapur gas baru, boleh survey SINI

IKLAN