Cara Simpan Lebihan Santan Kotak, Tak Basi Walau Lebih 3 Hari

Share

 

Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.

Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.

Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma  plastik aiskrim saja.

Caranya:

  1. Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.

2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.

3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.

4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotak tu ya!

Selamat mencuba!

Sumber: Nelisa Sofea

 

 

IKLAN