Cara Simpan Santan Dalam Freezer Agar Tak Beku, Nak Masak Boleh Guna Terus

Share

Ramai yang suka memasak menggunakan santan segar malah sanggup buat stok atau beli dalam kuantiti banyak kemudian simpan dalam freezer.

Cuma masalahnya bila simpan santan segar yang dibekukan ini, kena ambil masa untuk santan cair baru boleh digunakan semula.

Tapi menariknya Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsi tip simpan santan dalam freezer agar tak beku dan senang digunakan. Malah cara ini santan tetap boleh bertahan lama.

Tip simpan santan agar tidak beku dan senang guna

Ramai beli awal santan buat stok kemudian simpan dalam peti ais. Masalahnya santan akan jadi kena dan kena cairkan dulu.

Nak bagi tip macam mana simpan santan agar santan kekal masih cair dan chill saja tanpa beku

Caranya;

1. Sediakan kertas atau surat khabar kemudian basahkan. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.

2. Kemudian simpan santan yang dibalut ini dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.

3. Bila nak guna buka balutan surat khabar dan waktu ini kita akan perasan yang mengeras cuma kertas saja. Santan dalam tak mengeras.

4. Sedia gunakan santan terus untuk memasak!

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

 

IKLAN