Ramai sangka tanam asparagus hanya boleh di tanah tinggi dan sejuk saja? Sebenarnya jika nak tanam di sekitar rumah kita. Tengok hasil asparagus yang ditanam Faridah Rahman ini. Elok saja besar dan segar.
Beliau juga turut berkongsi cara penanaman asparagus dari biji benih. Boleh cuba tanam, berbaloi sebab harganya pun ‘kayangan’ dan sekali tanam sayur ini hayatnya boleh tahan hingga 20 tahun. Ini perkongsian beliau.
Cara tanam asparagus dari biji benih
Ini adalah hasil dari 6 pokok asparagus. Purple asparagus lebih manis rasanya dari yag hijau.
Pokok ini saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery, Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang dah beli biji benih dan nak tanam boleh ikut cara ini;
1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah.
2. Sediakan tray dengan media campuran tanah hitam dan peatmoss (sabut cincang).
Ads
3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.
4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlah ya.
5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlah pindahkan ke pasu kecil.
Ads
6.Selepas 3- 4 bulan, agak-agak pokok dah stabil bolehlah pindahkan ke pasu besar atau kawasan yang lebih luas.
7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.
8. Antara baja yang digunakan. Yang hitam baja kopi, tabur saja.
Ads
INFO
Boleh dituai seawal 10-12 bulan, walau spears tak besar. Asparagus matang setelah usia 2 tahun, waktu ini spears cukup besar.
Hayat pokok asparagus adalah 20 tahun.
Asparagus ada jantan dan betina. Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yang betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.
Pokok betina yang mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.
Zaman sekarang wanita kerap sangat jadi mangsa jenayah. Ragut, rompak, rogol dan macam-macam lagi sampai nak takut nak keluar di tempat yang kita tak biasa.
Sebagai salah satu cara untuk lindungi diri atau elak jenayah berlaku anda boleh sentiasa bersedia dengan pepper spray. Atau semburan air lada.
Kalau kena pada mata dan wajah penjenayah memang pedih dan sakit. Jadi fungsinya adalah untuk menghalang penjenayah dari membuat tindakan seterusnya dan anda boleh lari selamatkan diri.
Pepper Spray ini juga boleh kita buat sendiri. Senang jer, tutorialnya dikongsi Marry Ferjel Babasa
Bahan yang diperlukan
Botol semburan (botol kecil supaya senang letak dalam beg)
Cili api (pilih yang paling pedas ok)
Cara membuatnya
1. Ambil secukupnya, ikut kesesuaian botol spray ya.
2. Potong kecil cili masukkan ke dalam botol semburan.
3. Kemudian masukkan air ke dalam botol spray dan campurkan dengan cili yang dipotong tadi. Goncang botol tadi supaya rata.
TIP
Boleh juga gunakan air panas untuk lebih berkesan.
Boleh tambahkan dengan serbuk lada hitam. Semburan ini boleh digunakan dalam tempoh dua minggu.
Jangan uji pepper spray ini pada rakan ya. Cara nak uji boleh semburkan pada plastik dan hidu. Kalau anda sendiri nak terbatuk ketika menghidunya ternyata ia berkesan.
Bawa pepper spray ini ketika keluar rumah, bercuti malah waktu nak pergi bekerja sekali pun. Malang tak berbau.
Pokok betik antara pokok buah yang selalu ditanam di kediaman. Tanam tepi rumah pun menjadi kerana ia mudah hidup dan dijaga.
Bagi yang berminat untuk tanam di sekitar rumah namun belum tahu cara yang betul penanaman betik, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaiton Hamid ini.
Cara semai biji benih dan tanam anak pokok betik
Pokok betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Ilmu ini saya dapat dari seorang rakan.
Cara semaian biji betik
Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang 3 jam atau jemur di tengah panas hingga kering.
Biji betik mengandungi gel pelindung maka kita perlu hilangkan gel itu dulu supaya mudah bercambah. Kalau tanam biji yang kering, dalam seminggu dua biji benih sudah bercambah jadi anak pokok. Berbanding yang tak dikeringkan yang akan ambil masa lebih lama.
Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.
Siram 2 kali sehari untuk proses penumbuhannya.
Tunggu sehingga anak pokok tumbuh.
Tip pilih biji benih betina supaya berbuah
Foto: Facebook Ardi Tani
Sewaktu pilih biji benih pastikan pilih biji benih betina supaya pokok berbuah. Caranya cari biji betik yang berwarna hitam.
Ataupun guna cara ini;
– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
– Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
Cara tanam anak pokok & tip supaya pokok berbuah rendah
Foto: Facebook Pertanian Satu Perniagaan
1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
Bila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.
Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.
Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.
Cara buat apam nasi gebu
Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.