Cara tanam labu tepi rumah, kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.
Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan sendiri, malah lebih dari cukup. Jika nak cuba tanam boleh guna perkongsian Weekend Baker ini sebagai panduan. Benih ambil saja dari labu yang kita beli untuk masak tu.
Cara tanam labu dari biji benih
1. Labu ini benihnya dari labu yang saya beli untuk masak.
2. Benihnya saya semai, apabila tumbuh tunggu sehingga keluar daun sebenar. Bukan sekadar daun bulat atau tunas.
3. Bila dah ada empat daun dan cukup besar pindahkan dalam poli beg atau nak tanam atas tanah pun boleh. Bila tanam tanah hendaklah separas dengan daun bulat yang asal.
Ads
Pokok labu adalah tumbuhan menjalar dan akan pergi ke arah cahaya matahari. Jadi pastikan ada ruang untuk pokok menjalar.
4. Penjagaan seperti biasa kena siram setiap hari dan baja. Sebelum batang guna baja daun, bila dah cukup dewasa gunakan baja untuk buah.
5. Apabila pokok labu sudah berbunga rajin-rajinlah perhatikan bentuk bunganya. Bunga yang buncit seperti labu kecil adalah bunga betina. Bunga jantan lebih kembang tanpa labu kecil tu.
Ads
Inilah bunga betina, ada bulat di bawah kelopaknya.
6. Untuk memastikan bunga betina jadi buah kita boleh bantu proses pendebungaan. Caranya, ambil debunga jantan kemudian sapukan kepada bahagian stigma bunga betina untuk membantu proses pendebungaan. Kalau terlambat untuk proses ini buah labu tak akan menjadi dan bunga betina sangat cepat gugur.
Boleh saja kalau kita tak nak buat proses ini dan biarkan semut dan lebah bantu pendebungaan. Cuma kadang-kadang semut dan lebah tiada di kawasan rumah jadi kita kenalah bantu jadi ‘tok kadi’ kahwinkan bunga ini. Insya-Allah mana sempat mesti nampak buah membesar.
Ads
Ini cara saya tanam pokok labu ya, sekadar perkongsian.
Kain lap dapur atau tuala dapur memang antara barang yang paling kotor di rumah. Ya lah kita lap meja, singki, lebihan makanan, minyak selepas memasak dan sebagainya menggunakan kain atau tuala yang sama.
Sebab itu bila dah basuh cara biasa pun selalunya masih ada kotoran yang tinggal. Banyak kesan degil tak hilang malah masih lagi berbau.
Sebenarnya kain atau tuala lap dapur ini memerlukan cara cucian yang khusus supaya semua kotoran termasuk kotoran degil akan hilang. Dikongsi oleh peniaga makan Zuraida Ismail, begini caranya;
Cara basuh kain atau tuala lap dapur yang kotor
1. Rendam bersama sabun dan Clorox selama 2 jam, Clorox biar lebih sikit.
2. Selepas itu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering, jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering, rendam semula bersama sabun dan Clorox kemudian putar lagi beberapa minit.
5. Selepas itu masuk dalam pengering semula.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
Hasilnya…
Kak Ida memang cerewet dalam hal kebersihan rumah tangga termasuk kain lap dapur untuk meniaga.
Hujung minggu ni ramai yang dah nak balik kampung untuk sambut raya. Salah satu masalah kaum wanita terutama sekali jika sudah berkeluarga ketika hendak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh lama adalah untuk mengemaskan barang.
Sering terjadi barang yang perlu dibawa tidak cukup untuk dimasukkan di dalam beg walau pun beg dah besar. Sudahnya kita akan bawa beberapa biji beg untuk pulang ke kampung. Itu baru nak letak pakaian, belum masuk lagi kuih raya dan alatan lain.
Boleh ikut cara packing ini
Agar semua barang yang diperlukan boleh dibawa bersama walaupun banyak, anda mungkin perlu mengikut cara packing yang cepat lagi efisyen oleh Rachel Grant ini.
Pelakon dan bekas Gadis Bond ini telah memuat naik video di Youtube memaparkan cara menyimpan dan memasukkan 100 barang sebahagian besarnya adalah pakaian serta keperluan wanita lain dalam sebuah beg travel yang kecil.
Antara caranya adalah dengan mengumpul dan memasukkan beberapa barang dalam zip lock dan bekas khusus sebelum disimpan di dalam beg.
Puas makan menu daging korban kita buat pulak lauk simple macam ni, sambal bilis petai tempoyak. Musim durian yang masih berbaki ni orang jual tempoyak pun banyak. Apa lagi buat sendirilah.
Kalau dah buat lauk ini, tak perlu banyak menu lain. Cukup dengan ikan goreng dan kicap dah cukup mantap. Memang gerenti menambah dan licin pinggan.
Lauk ini ramai yang suka makan tapi ada juga yang tak pandai buat, walaupun tersangatlah senang. Lihat saja resepi perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad memang sempoi.
Cara buat sambal bilis tempoyak
Bahan-bahan
2 sudu besar tempoyak (fresh lagi sedap)
20-25 biji cili padi – kisar atau tumbuk)
Petai
Garam dan gula secukup rasa
Ikan bilis – kisar atau tumbuk)
Bawang merah dan putih – kisar atau tumbuk
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk.
2. Bila dah pecah minyak masukkan petai kacau rata.
3. Kemudian masukkan 2 sudu besar tempoyak, tambah air sikit demi sedikit. Masukkan juga garam gula secukup rasa.
4. Masak sehingga pecah minyak dan mendidih. Bila dah pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...